Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Sangkar Bukan Sekadar Perlawanan Tetapi..." - Saiful Merican

Asraf Aided
19/09/2019 05:44 MYT
Atlet sukan seni bela diri campuran (MMA), Saiful Meican mengatakan filem Sangkar bukan sekadar menampilkan unsur pertarungan, malah turut memaparkan unsur pengorbanan dan disiplin.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

"Pengorbanan perlu ada, berfikiran positif demi sebuah kehidupan dan perjuangan.

"Antara maruah dan hidup, Sangkar! Bukan sekadar pertarungan, kini di pawagam!"
tulisnya sebagai kapsyen.


Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Filem kegemaran ramai ini dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Filem ini juga menyaksikan kemunculan beberapa atlet profesional MMA sebenar seperti Andy Teh dan bekas petarung UFC James 'Sledgehammer' Mcsweeney, serta atlet tempatan dari ONE Championship iaitu Saiful Merican, Peter Davis dan Jihin Radzuan.

Sangkar kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara, Brunei dan Singapura. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#Filem #Filem #MMA #Sangkar #Saiful Merican