Hiburan

Sara Ali Akui Tanggal Tudung Semenjak Oktober Tahun Lalu

gempak
Syafiqah Jalal
11/04/2017
08:48 MYT
Sponsor Banner
Sara Ali Akui Tanggal Tudung Semenjak Oktober Tahun Lalu
Aktres Sara Ali mendedahkan dirinya kembali membuka tudung selepas 10 bulan mengenakan hijab.
Berubah penampilan pada 1 Januari 2016, Sara mahu orang ramai menyalahkan dirinya atas kekhilafan membuka tudung.
"Pada awalnya, keputusan saya mengenakan hijab tahun lalu tidak didorong oleh keputusan sendiri. Saya terikut-ikut dengan sebuah perniagaan yang bersifat keagamaan.
"Namun begitu, saya mengaku yang perubahan tersebut merupakan keputusan saya. Saya sendiri yang buat kesilapan, saya sendiri yang tak berfikir panjang sebelum mengenakan hijab.
"Selepas 10 bulan, saya rasakan yang keputusan saya buat tidak betul. Saya kembali membuka hijab pada Oktober tahun lalu.
"Saya tak mahu jadi hipokrit, lebih-lebih lagi jika hal yang berkaitan agama. Saya akui, ini salah saya," kata Sara kepada Astro Gempak ketika ditemui di Paranormal Studios sebentar tadi.
Tegas Sara, dia tidak mahu orang lain menuding jari meletakkan kesalahan ini kepada ibu dan bapanya.
"Keputusan yang lakukan ini merupakan kekhilafan saya. Saya yang bersalah.
"Jadi saya tidak mahu ada yang menyalahkan pihak lain, terutamanya ibu bapa. Biarlah saya menanggungnya.
"Saya sendiri tidak menutup ruangan komen di Instagram dan menerima sahaja apa kritikan dan pandangan orang dengan hati terbuka kerana saya tahu semuanya salah saya," katanya lagi.
Pelakon filem Songlap ini juga menafikan dia kembali membuka tudung kerana mahu kembali berlakon.
"Saya buat keputusan ini bukan kerana saya mahu berlakon semula. Saya cuma tak mahu jadi hipokrit. Saya sudah bersedia berdepan dengan kritikan negatif.
"Jika sudah sampai waktunya, saya akan bertudung. Saya mahu perubahan tersebut datang iklas dari hati sendiri dan tidak didorong oleh mana-mana pihak," katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024