,
Hiburan

Sarah Hildebrand Buka Hijab, Peminat Ingat Gambar Lama - "Saya Sokong Sepenuhnya..." - Suami

Badrul Hashim
15/10/2020
00:45 MYT
Ramai yang terkejut bila pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand berkongsi sekeping gambar dirinya dan suami tanpa mengenakan hijab di Instagram miliknya.
Sarah yang mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015 lagi juga seolah-olah mahu peminat menerima keputusannya itu dengan hati terbuka kerana dia turut membalas beberapa komen yang ditinggalkan di ruangan komen Instagramnya.
Keputusan yang dibuat oleh Sarah itu juga mendapat sokongan suaminya, Otto Gillen. Otto turut berkongsi gambar tersebut di IG Stories miliknya dan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada isterinya itu.
"I love @sarahhildebrand so much. And I fully support all of her personal decisions.
"That is my one and ONLY response. Don't message me," tulis Otto pada IG stories miliknya.
Pada IG Stories milik Sarah pula, dia memuat naik satu pertanyaan mengapa orang yang dianggap paling beragama selalunya menjadi orang yang paling pembenci dan tidak bertimbang rasa.
"Why is it that the most religious of us are often also the most hateful and intolerant?" tulis Sarah.
Sarah turut memuat naik tiga video pendek di IG Story untuk menerangkan kembali tentang pertanyaan tersebut dan juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan serta semangat kepada dirinya.
"Hey you all.. I just want to say that the last question on my Instagram story was actually a rhetorical question. If you don't know what that means, that means like I don't want an answer to it, it's more of a question that already has a statement and it's for you guys to ponder on. Just think about that a little bit.
"And then I would also like to thank everybody that has been positive and like supportive and not judgy at all, and you know I just want to thank you guys from the bottom of my heart, that was really sweet and it's just nice to see cause we just never know what people are going through," kata Sarah di dalam video di IG Stories.
Sarah Hildebrand berkahwin dengan suaminya Otto Gillen, jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika pada 3 November 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah 'On Off' Pakai Tudung, Ameera Khan Harap Akan Istiqamah Jika Kembali Berhijab - "Apa Yang Saya Boleh Katakan Sekarang..."

gempak
28/10/2024
00:55 MYT
Adik kepada Neelofa yang juga pempengaruh media, Ameera Khan mendedahkan dia belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya.
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.
Hiburan

Sering Diminta Untuk Tanggal Hijab, Yuna Harap Haters Dilembutkan Hati – “Unfollow Saya Kalau Rindu Yuna Yang Dulu”

gempak
28/08/2024
21:55 MYT
Penyanyi Yuna mempersoalkan sikap sesetengah netizen yang sering mencari kesalahan terhadap dirinya seperti mengkritik pemakaiannya.
Hiburan

Sarah Hildebrand Beri Bayangan Kembali Berhijab & Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Mat Salih?

gempak
26/08/2024
05:25 MYT
Pelakon, Sarah Hildebrand baru-baru ini telah memuat naik gambarnya yang kembali bertudung dan bersama seorang jejaka ‘mat salih’.
Unitar