Hiburan

Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”

gempak
Umirah Halim
02/05/2024
21:00 MYT
Sponsor Banner
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.

Aliff tak percaya

Menerusi Podcast The Common Folks SG, Aliff akui dia tidak percaya apabila melihat hantaran pendedahan yang dibuat oleh Sarah dan mempersoalkan tindakan yang dibuat oleh wanita berusia 24 tahun itu.
“Saya tak percaya bila saya nampak hantaran yang dibuat Sarah tentang hal peribadi saya, perbualan peribadi saya, saya rasa macam kenapa perlu dia dedahkan?
“Sampai sekarang saya fikir kenapa dia rasa dia buat benda ini untuk saya walaupun dia tahu dan faham perkara ini akan mengeruhkan lagi keadaan dan apa yang didedahkan ini pun tiada kena mengena pun dengan dia.
“Macam mana dia boleh rasa dia buat benda ini untuk alasan “sayang”, atau untuk bantu clearkan nama saya sebab saya rasa it doesn’t connect the dots.
“Kesimpulannya, apa niat sebenar dia (Sarah) dedahkan semua benda tu hanya dia sahaja yang tahu, kalau saya nak tuduh itu ini saya rasa saya tiada hak untuk buat benda tu,” katanya.

Enjoy 5 Minute Fame!

Menerusi perkongsian itu juga, Aliff turut berharap agar Sarah menikmati publisiti yang sedang ‘rancak’ diraih dan sempat memberikan ucapan terima kasih dan selamat tinggal kepada kekasih gelapnya itu.
“Tiada sesiapa pun suruh dia dedahkan benda yang kita tahu sangat sensitif ini.
“Tapi dia buat juga dan saya taktahu apa sebab dia buat benda itu dan hanya dia sahaja yang tahu niat sebenar dia tapi saya harap dia nikmati ‘5 minit’ of fame ini dan saya harap dengan apa yang dia sudah buat dia boleh tidur dengan lena waktu malam.
“Tapi hati-hati kerana apa-apa yang kita buat termasuk saya sekali akan ada akibatnya. Apa yang sudah berlaku pun kita tak boleh nak putar balik masa. Jadi, terima kasih dan selamat tinggal,” katanya.
Terdahulu, Sarah menjadi sebutan ramai selepas mengaku sebagai kekasih gelap Aliff.
Dia berani berbuat demikian kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 8 Mac lalu.
Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa Ruhainies menghasut Aliff demi menjatuhkan isteri sendiri iaitu Bella Astillah. Selain itu, ramai juga yang terpalit dengan kontroversi ini setelah dipetik nama menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi oleh Sarah termasuk Caprice, Emma Maembong dan Chaca Maembong dan ramai lagi.

Berita Trending: “Aliff Suka Plan Date Dekat…” Individu Tanpa Nama Ini Dedah…

Berita Trending: Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live