Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.

Perbualan mesra Aliff Aziz dan NRF

Menerusi Instastory Sarah, dapat dilihat perbualan antara NRF dan Aliff Aziz itu sejak bulan Mac lalu dan kelihatan mereka sangat mesra dengan panggilan ‘baby’, ‘sayang’, ‘love’ serta ucapan romantis seperti ‘I love you’.



Bayar kos peguam

Menerusi salah satu perkongsian, Sarah juga mendakwa teman lelaki NRF yang membayar semua kos peguam untuk suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah.

“Suka sangat nak manipulate dia sampai dia pun degil nak ikut dengar kata sebab kau yang bayarkan lawyer dan semua benda lol jap, was it you or your BOYFRIEND that paid for everything untuk dia because your boyfriend doesn't know about you two either? hmmm i wonder,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.

Petik nama Emma & Chacha

Sementara itu, menerusi perbualan NRF itu juga, nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ juga dipetik mengutuk Bella dengan mengatakan hanya orang tidak bijak saja mempercayai kisah penyanyi dah pelakon itu.



Terdahulu, pendedahan seorang wanita dipercayai ‘kekasih gelap’ Aliff Aziz bernama Sarah Yasmine yang meluahkan rasa kecewa kerana didakwa telah dicurangi Aliff Aziz menggemparkan orang ramai baru-baru ini.

Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan bahawa tujuan sebanar dia membuat pendedahan tersebut adalah kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz dicerca oleh netizen keseorangan.

Bella bagaimanapun ketika ditemui baru-baru ini memaklumkan sudah pernah berjumpa Sarah Yasmine yang merupakan salah seorang 11 individu yang Aliff Aziz curangi.

Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pihak Aliff Aziz mahupun Ruhainies.

Berita Trending: Kontroversi Aliff Aziz, Sajat Dakwa ‘Ramalannya’ Benar Belaka - “Aku…

Berita Trending: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua…