Sarat Hamil Ketika Anak Masih Kecil, Instafamous Menangis Kerana Terlalu Penat
Amri Hassan
30/04/2021 02:25 MYT
30/04/2021 02:25 MYT
Setiap wanita melalui fasa berbeza apabila sedang berbadan dua, mungkin ada yang berdepan dengan cabaran namun tak mustahil juga urusan kehamilan itu dipermudahkan.
Bagi personaliti media sosial Adira Salahudi, kehamilannya kali ini mencabar apabila jarak usia anak pertamanya sangat dekat dengan bayi yang dikandungnya kini.
BACA: "Belum Ready Sebenarnya..." - Baby Baru 7 Bulan, Instafamous Umum Hamil Lagi
Malah, dedah Adira dia yang kini sudah memasuki fasa trimester ketiga kehamilan berdepan kepenatan melampau hingga membuatkannya menangis.
"Adira sebenarnya lately penat yang tak boleh cakap. Sampai ada 1 malam tu Adira menangis sebab penat sangat. Penat bila masuk 3rd trismester ni lain macam kali ni.
"Tengok Arsel pun nak mengalir je air mata ni. Rasa diri ni bersalah sangat sebab tak uruskan anak dengan baik. Lagi lagi Arsel tengah fasa bermanja sekarang ni. Pantang tinggal je menangis. Dengan semua orang dalam rumah ni dia macam tu.
"Sampai tahap I masuk toilet kena buka pintu. Memang pening, nak handle Arsel, handle diri sendiri yang tengah pregnant, handle bisnes. Nak nak production raya!" katanya.
Namun, Adira bersyukur dikelilingi keluarga yang sentiasa menyokongnya dalam setiap perkara.
"Allahu mental jap bila apa yang kita plan tak berjalan seperti yang di plan. Tapi I always remind diri i yang Allah tu sebaik baik perancang! Alhamdulillah everything went well. InsyaAllah!" tambahnya.
Adira pernah mencuri tumpuan ramai apabila mengumumkan dirinya kembali berbadan dua ketika anak sulung mereka baru berusia 7 bulan.
Usahawan itu mendirikan rumah tangga bersama personaliti media sosial juga, Ammar Azizan pada September 2019 dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Arsel yang kini berusia sembilan bulan.