Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sarine Fobia Nak Pijak Jalan Dekat Masjid India - "Takut Diri Jadi ..."

Ernalisa
29/08/2024 09:28 MYT
Ya Allah saya bila dapat tahu ada orang mati depan ni..saya cuma bayangkan kalaulah aku yang kena macam mana? Selisih," demikian kata-kata peniaga kedai emas Sarine Shamima Bahurdeen mengulas ketakutannya terhadap insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Sarine, premisnya antara lokasi 'panas' yang terletak betul-betul berhadapan insiden yang mendapat perhatian seluruh rakyat ketika ini.

Sarine berkata, walaupun tidak melihat kejadian itu di depan mata, namun insiden yang membabitkan wanita warganegara India itu betul-betul menjadikan dia fobia sehingga timbul rasa takut untuk melalui laluan berkenaan.

"Ya Allah memang saya tak terduga benda begini. Saya ingat jatuh biasa. Kadang-kadang nak pijak atas jalan raya tu pun saya jadi takut sendiri.

"Sebenarnya masalah jalan di kawasan ini bukan baru, sebelum ini ramai yang jatuh sebab jalan dekat sini batu-batu dia terangkat-angkat. Jadi kita tak biasa dengan laluan ini memang akan jatuh," katanya ditemui Gempak.

Bukan saja dirinya, malah orang ramai juga mempunyai perasaan seakan-akan sama lebih-lebih lagi selepas berlaku insiden mendapan tanah itu Jumaat lalu.

"Kalau dulu kita cuma dengar kejadian macam ini dekat luar negara sahaja. Tetapi ini berlaku dekat Malaysia. Saya jadi takut.

"Bukan saya je yang takut... saya rasa ramai yang takut sebenarnya," katanya.

BERITA BERKAITAN: Tular Foto Kejadian Jalan Mendap Di Kampung Attap, DBKL Jelaskan Kejadian Lama

BERITA BERKAITAN: Masjid India Serupa 'Pekan Koboi', Lengang Tanpa Pengunjung Seperti Dahulu

BERITA BERKAITAN: "Kuala Lumpur Masih Selamat" - Dr Zaliha

BERITA BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Kehadiran 'Raja Bomoh' Curi Perhatian, Siap Renjis Air Istimewa


Bagaimanapun katanya, dia tiada pilihan selain terus memberanikan dan menguatkan dirinya untuk keluar mencari rezeki di kawasan berkenaan.

Untuk info, pada 23 Ogos lalu seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota daripada pelbagai pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk penggunaan unit anjing pengesan (K9) dan kaedah jetting.

Sehingga kini, mangsa belum ditemui dan usaha menyelamat masih lagi berlangsung.

#Fobia #Masjid India #Tanah Jerlus
;