HIBURAN
Sasha Abdul Aziz Kini Hamil Anak Ketiga, Alami Alahan Teruk - “Tak Boleh Makan Minum, Bau Ayam, Daging & Ikan”
Personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz yang kini hamil anak ketiga berkongsi pengalaman berdepan dengan alahan.
Tak boleh bau ayam, daging, ikan
Menurut Sasha, alahan yang dialaminya sangat teruk dan tidak boleh menghidu bau makanan seperti ayam, daging dan ikan.“Tak boleh bangun pergi kerja, memang sepanjang itu dekat atas katil. Alhamdulillah masuk sahaja trimester kedua terus makin okay. Kali ini lain sikit dari kehamilan pertama dan kedua,” kongsinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.“Ramai tanya ada alahan tak semasa my early trimester. Ya ampun teruk sangat-sangat. Saya tak boleh makan, minum, tak boleh bau ayam, daging, ikan.
Mohon doakan kandungan sentiasa sihat
Dalam pada itu, Sasha berkata dia sebenarnya sudah lama mahu memberitahu tentang kehamilan ketiga ini cuma mereka suami isteri menunggu masa yang sesuai.“Doakan kami sekeluarga ya. Doakan untuk mummy Sha terus kuat berjuang, dalam perniagaan dan membesarkan anak-anak. Saya juga mendoakan anda semua,” coretnya.“Lama dah nak bagitahu tapi kami tunggu masa yang sesuai untuk mendedahakan tentang kehamilan saya. Sempena Nifsu Syaaban mummy Sha nak minta korang doakan kandungan saya kuat dan baby sihat walafiat insya-Allah. “Saya doakan buat yang tengah TTC (trying to conceive) teruskan perjuangan jangan putus asa tau. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Berkuasa, Allah sangat sangat baik.
ARTIKEL BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Batal Majlis Bertandang Selepas Tahu Hamil Anak Pertama – “Saya Rasa Membazir Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN:Baru Faham Perasaan Ibu Hamil Alami Alahan, Intan Najuwa Tak Boleh Lihat Pasu - “Saya Suruh Pembantu Rumah Alih, Sebab Rasa Nak Muntah”
ARTIKEL BERKAITAN:Muka Aaisyah Bengkak, Che Ta Tak Tahu Anak Ada Alahan - “ Baru Tahu Dia Tak Boleh Makan…”
ARTIKEL BERKAITAN:"Jangan Risau..." - Mata Bengkak Kemerahan, Anak Sulung Emma Maembong Alami Alergi Kucing
ARTIKEL BERKAITAN:Alahan Buat Tom Berhenti Merokok - "Dari Umur 16 Tahun Hisap, Lepas Ni Insya-Allah Tak Nak Sentuh Rokok Lagi"
Untuk info, Sasha mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Isabella Liu dan Rose Liu.
Must-Watch Video