UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Sasha Abdul Aziz Kini Hamil Anak Ketiga, Alami Alahan Teruk - “Tak Boleh Makan Minum, Bau Ayam, Daging & Ikan”

Mya Amri 14/02/2025 | 07:39 MYT
Personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz yang kini hamil anak ketiga berkongsi pengalaman berdepan dengan alahan.

Tak boleh bau ayam, daging, ikan Menurut Sasha, alahan yang dialaminya sangat teruk dan tidak boleh menghidu bau makanan seperti ayam, daging dan ikan.

Mohon doakan kandungan sentiasa sihat
Dalam pada itu, Sasha berkata dia sebenarnya sudah lama mahu memberitahu tentang kehamilan ketiga ini cuma mereka suami isteri menunggu masa yang sesuai.

“Lama dah nak bagitahu tapi kami tunggu masa yang sesuai untuk mendedahakan tentang kehamilan saya. Sempena Nifsu Syaaban mummy Sha nak minta korang doakan kandungan saya kuat dan baby sihat walafiat insya-Allah.

“Saya doakan buat yang tengah TTC (trying to conceive) teruskan perjuangan jangan putus asa tau. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Berkuasa, Allah sangat sangat baik.
“Doakan kami sekeluarga ya. Doakan untuk mummy Sha terus kuat berjuang, dalam perniagaan dan membesarkan anak-anak. Saya juga mendoakan anda semua,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Batal Majlis Bertandang Selepas Tahu Hamil Anak Pertama – “Saya Rasa Membazir Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN:Baru Faham Perasaan Ibu Hamil Alami Alahan, Intan Najuwa Tak Boleh Lihat Pasu - “Saya Suruh Pembantu Rumah Alih, Sebab Rasa Nak Muntah”

ARTIKEL BERKAITAN:Muka Aaisyah Bengkak, Che Ta Tak Tahu Anak Ada Alahan - “ Baru Tahu Dia Tak Boleh Makan…”

ARTIKEL BERKAITAN:"Jangan Risau..." - Mata Bengkak Kemerahan, Anak Sulung Emma Maembong Alami Alergi Kucing

ARTIKEL BERKAITAN:Alahan Buat Tom Berhenti Merokok - "Dari Umur 16 Tahun Hisap, Lepas Ni Insya-Allah Tak Nak Sentuh Rokok Lagi"

Untuk info, Sasha mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Isabella Liu dan Rose Liu.
#Hamil #Alahan #Sasha Abdul Aziz