Berita

Sasha Saidin Lengkap Ambil Dos Kedua Suntikan Vaksin Covid-19, - "Pulang Ke Rumah Saya Rasa Letih Dan..."

gempak
ZULHILMI JALIL
15/01/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
Sasha Saidin Lengkap Ambil Dos Kedua Suntikan Vaksin Covid-19, - "Pulang Ke Rumah Saya Rasa Letih Dan..."
Pelakon dan penyanyi Sasha Saidin memaklumkan dirinya telah selesai lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin Covid-19.
Menurut Sasha, 45, vaksin yang dikeluarkan syarikat farmaseutikal Sinopharm itu diterimanya di Hospital Emirates Field, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suami, Sirhan Wahab kelmarin.
"Alhamdulillah semalam (kelmarin), saya dan Sirhan sudah melengkapkan vaksin Sinopharm dengan mengambil dos kedua selepas 21 hari menerima suntikan dos pertama.
"Kami dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas bahawa dos kedua ini sebenarnya lebih kepada booster (penggalak) dan lebih ringan berbanding dos pertama yang diambil sebelum ini," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Menurutnya, dia bersyukur apabila diberitahu bahawa kesan sampingan yang dialami untuk suntikan dos kedua juga lebih ringan berbanding suntikan pertama yang boleh membuatkan seseorang mengalami demam, alergi dan sebagainya.
"Sebaik pulang ke rumah daripada pusat vaksin, saya rasa letih dan mengantuk manakala, Sirhan mengalami sakit kepala.
"Bagaimanapun, dengan pengambilan paracetamol dan tidur seketika, sebelum petang badan kami sudah berasa kembali okay seperti biasa.
"Buat masa ini, kami berdua baik sahaja, biarpun terus memantau keadaan antara satu sama lain. Kami sudah kembali menjalani rutin seperti biasa hari ini (semalam)," katanya.
Pada masa sama, Sasha turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan (UAE) yang memberikan suntikan vaksin percuma kepada semua penduduknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024