Laman Utama
Sasha Saidin Tebus Kecewa Dapat Terawih & Qiamulail Luar Masjid - "Adakalanya Solat Di Tengah Ribut Pasir..."
Penyanyi dan pelakon Sasha Saidin berkongsi rasa teruja apabila dapat mendirikan solat sunat terawih dan qiamulail berjemaah pada tahun ini biarpun dunia diancam COVID-19.
Jelas Sasha, memandangkan ruangan solat wanita di sebuah masjid yang terletak di Dubai, Arab Saudi ditutup, namun dia bersyukur dapat melaksanakan ibadah di bahagian luar.
"Saya sangat bersyukur dapat melalui pengalaman solat tarawih dan Qiamullail pada Ramadan kali ini selepas kecewa kerana saya tidak berpeluang lakukannya pada tahun lalu.
"Walaupun bahagian wanita telah ditutup sepanjang tahun, tetapi yang paling penting ialah kita dapat berdoa di luar dengan udara malam yang sejuk dan beberapa malam bahkan adakalanya berdoa di tengah ribut pasir yang ringan.
"Ramadhan kali ini dengan segala dugaan dan kesusahannya yang selalu ada bersama saya dan telah mengajar saya untuk tidak menganggap perkara-perkara begitu saja," katanya yang turut berkongsi suasana masjid dari bahagian luar pada waktu malam.
Kata Sasha lagi, pelbagai dugaan dan kepayahannya yang dilalui sepanjang tahun ini sekali gus mengajar dirinya untuk menghargai setiap peluang yang diberikan.
Malah, Sasha memberitahu dia akan sentiasa mengingati momen indah yang dilalui beberapa malam terakhir Ramadan.
"Ini membuat saya berasa bersyukur kerana berpeluang berada di mana saya berada sekarang.
"Saya akan mengingati malam yang menakjubkan dengan ayat-ayat al-Quran yang indah dibaca bersama angin malam yang sejuk sampai ke telinga sehingga membawa ketenangan di jiwa saya," ujarnya.
Untuk rekod, Sasha dan suaminya, Sirhan Wahab yang juga ahli perniagaan itu kini menetap di UAE selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Januari tahun lalu.
Must-Watch Video