Hiburan

Sasha & Suami Tutup Telefon Ketika Umrah, Doakan Jemaah Disekat Kerana Covid-19 Bersabar

gempak
Amri Hassan
04/03/2020
04:14 MYT
Sponsor Banner
Sasha & Suami Tutup Telefon Ketika Umrah, Doakan Jemaah Disekat Kerana Covid-19 Bersabar
Penyanyi dan pelakon Sasha Saidin mendoakan agar jemaah yang dihalang mengerjakan umrah ekoran virus korona (Covid-19) dipermudahkan urusan kelak.
Kata Sasha, dia bagaimanapun bersyukur berpeluang mengerjakan umrah bersama suami, Sirhan Khan, pada Februari lalu.
"Bagi mereka yang tidak dapat menjalankan ibadah Umrah mereka kerana sekatan Covid-19, bertabahlah dan percayalah semuanya ada hikmahNya. Semoga kita senantiasa di bawah lindunganNya dan dilimpahi rahmat-Nya," kongsinya menerusi akaun Instagram.
Sasha dalam pada itu memaklumkan dia dan suami telah selamat pulang ke kediaman mereka di Dubai sebelum berita halangan umrah akibat Covid-19 tersebar.
Ketika mengerjakan ibadah umrah pada awal Februari lalu, Sasha dan suami telah menyahaktifkan akaun Instagram dan menutup telefon mereka untuk memberikan tumpuan kepada ibadah.
"Sha sedar juga mungkin ada yang terlepas pandang inti penulisan perjalanan Umrah Sha pada awal bulan Februari yang lalu kerana ramai yang fikir yang Sha masih di tanah suci.
"Sebelum membuat Umrah kami telah mengambil keputusan untuk sementara menyahaktifkan telefon bimbit kami bagi menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada aktiviti-aktiviti umrah kami dan hanya setelah pulang genap seminggu lalu telah kami mengaktifkan semula socmed kami.
"Saya dan Sirhan amat teruja dengan respon positif kalian yang sangat memberangsangkan dan walaupun telah dinyatakan dalam posting pertama itu ianya adalah posting throwback tapi ramai yang terus mendoakan kami mendapat Umrah yang marbur.
"Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya yakni yang sudah, yang kini dan yang akan datang. Alhamdulillah dengan berkat doa anda, kami telah dapat menjalankan Umrah kami dengan cukup baik dari saat pergi dan pulang akhirnya.
"Ramai yang DM saya dan memberi doa peribadi mereka dengan harapan saya sampaikan doa mereka semasa kami ada di tanah suci akan tetapi seperti saya sebut di atas, di sini dilemma kami. Namun setelah Sha berdiskusi dengan suami, Inshallah Sha akan tetap bacakan doa-doa anda dengan harapan doa kalian akan dimakbulNya di mana jua kami berada," tambah Sasha lagi.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kalau anda perasan kebanyakan posting Sha ditulis adalah menggunakan Bahasa Inggeris dan mungkin kerana itu kebelakangan ini terutamanya sekitar posting Sha tentang perjalanan Umrah Sha baru-baru nie ada sedikit kekeliruan. Sha nie memang suka bercerita dari dulu lagi. Bercerita pun suka mungkin kerana Sha gemar kongsi pengalaman buat mereka yang sedang atau akan melalui apa yang Sha lalui. Sha sedar juga mungkin ada yang terlepas pandang inti penulisan perjalanan Umrah Sha pada awal bulan Februari yang lalu kerana ramai yang fikir yang Sha masih di tanah suci membaca komen-komen yang di tinggalkan di ruang komen posting Sha. Sebelum membuat Umrah kami telah mengambil keputusan untuk sementara menyahaktifkan hp kami bagi menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada aktiviti-aktiviti Umrah kami dan hanya setelah pulang genap seminggu lalu telah kami mengaktifkan semula socmed kami. Saya dan Sirhan amat teruja dengan respon positif kalian yang sangat memberangsangkan dan walaupun telah dinyatakan dalam posting pertama itu ianya adalah posting throwback tapi ramai yang terus mendoakan kami mendapat Umrah yang marbur. Sesungguhnya اللّٰه Maha Mengetahui segala-galanya yakni yang sudah, yang kini dan yang akan datang. Alhamdulillah dengan berkat doa anda, kami telah dapat menjalankan Umrah kami dengan cukup baik dari saat pergi dan pulang akhirnya. Ramai yang DM saya dan memberi doa peribadi mereka dengan harapan saya sampaikan doa mereka semasa kami ada di tanah suci akan tetapi seperti saya sebut di atas, di sini dilemma kami. Namun setelah Sha berdiskusi dengan suami, Inshallah Sha akan tetap bacakan doa-doa anda dengan harapan doa kalian akan dimakbulNya di mana jua kami berada. Bagi mereka yang tidak dapat menjalankan ibadah Umrah mereka kerana sekatan Covid-19, bertabahlah dan percayalah semuanya ada hikmahNya. Semoga kita senantiasa di bawah lindunganNya dan dilimpahi rahmatNya. آمين يا رب العالمين Busana @yanscreation #SLSUmrahxZiarah2020 #SLS4eva #SirhanSashayedAway #TheJourneyOfTheSLS4eva #TheElusiveFairytaleOfTheHalfBloodPrincessSayang #DiaryOfADevotedDomesticatedDame #CommittedToTheCelopians
A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 20 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Melawati, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024