Hiburan
“Perginya Seorang Yang Sangat Saya Hormati” - Paknil Anggap Tan Sri Ahmad Nawab Hero Dunia Lagu Tanah Air
Pemergiaan legenda muzik, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab, 92 pada petang Ahad sememangnya mengejutkan dunia seni tanah air.
Imbau kenangan
Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi juga turut terkesan dengan pemergiaan seniman negara yang amat dihormatinya.
Menerusi perkongsian di IG, Aznil atau mesra disapa sebagai Paknil mendedahkan Allahyarham masih mengingati sesi uji bakat yang disertainya dan lagu yang didendangkannya ketika berusia 12 tahun.
“Perginya seorang yang sangat saya hormati. Tak Ramai tahu saya pernah diujibakat sebagai penyanyi kanak-kanak semasa saya berusia 12 tahun.
“Ironinya beliau masih mengingati sesi itu dan juga lagu yang Paknil dendangkan. Paknil Amat terkejut bila beliau sebut sesi itu ketika Paknil menemubual beliau ketika rakaman Yang Dulu untuk siaran Astro.
“Walaupun tak terpilih tapi sehingga bila-bila Tan Sri Prof Dr Ahmad Nawab akan sentiasa menjadi hero dunia lagu buat tanahair. Al-fatihah,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak Nani Terkilan Ahmad Nawab Tak Sempat Lihat Projek Galeri
ARTIKEL BERKAITAN: Aznil Nawawi Dedah Pernah Diejek Rakan Industri - “Aku Kesian Kau Setiap Tahun Jadi Tukang Tepuk Dekat Bawah”
Legenda muzik, Tan Sri Ahmad Nawab, 92, meninggal dunia di kediaman di Taman Melewar, Batu Caves, Kuala Lumpur pada pukul 3.15 petang, Ahad.
Berita sedih pemergian Allahyarham Ahmad Nawab atau nama penuh, Ahmad Khan Nawab Khan itu disahkan cucunya, Khairul Hafis Khan.
Khairul Hafis berkata, datuknya tidak mempunyai penyakit kronik, namun, keadaannya lemah selepas dibenarkan pulang daripada rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bulan lalu.
Jenazah dimandikan di Surau At-Tarbiah Al-Islamiah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Must-Watch Video