Hiburan
“Satu Dah Pecah, Satu Kantung Lagi Kemek” – Sedihnya… Nadya Syahera Kongsi Pengalaman Keguguran Kembar
Pelakon Nadya Syahera berkongsi kisah mengalami keguguran bayi kembar ketika usia kandungannya hampir mencecah tujuh minggu.
Walaupun pahit namun Nadya memilih untuk berkongsi kisah menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Nadya, dia mula berasa risau selepas membuat pemeriksaan di sebuah poliklinik sebaik sahaja doktor memberitahu kantungnya tidak kelihatan normal.
“Mula dari hujung bulan lepas dah start rasa dan syak macam saya ni hamil sebab period tak muncul-muncul dah sebulan lebih.
“Jadi pada 3/6/2020 hari itu saya nekad beli pregnancy test, tak beritahu Fizul pun, beli balik terus check and result +ve weyh! Double line!
“Memandangkan saya jenis tak sabar nak tahu berapa minggu dah, selepas 2 hari, saya terus ke poliklinik dekat rumah, pegi scan sorang-sorang je. Masa scan tu doktor tu cakap kalau kiraan dah 6 minggu tapi ikut scan baru 4 minggu lebih.
“Lepas itu nampak ada kantung tapi tak nampak kelipan bleeding pula kat luar dia. Tapi tak ada rasa sakit atau turun darah pun.
“Saya tanyalah doktor, kenapa? Kemudian doktor terangkan yang kalau kantung normal dia akan bulat, lepas itu yang bleeding tepi tu dia jadi kembar tapi yang satu tu dah pecah dan satu kantung ni pun kemek.
“Awak tunggulah 3 minggu lagi awak datang semula dan kita scan. Kalau dia membesar, Alhamdulillah, if not. Belum rezeki.
“Saya cerita kat Fizul pasal ni tapi dia masih harap tak ada apa-apa berlaku kat kandungan tu sebab dia nak sangat kembar,” kongsinya.
Nadya juga menceritakan dia terpaksa untuk mencuci rahim kerana ada pendarahan dan kuatir berlaku jangkitan yang tidak sepatutnya.
“Yang menggangu fikiran saya bila doktor cakap ada pendarahan, saya risau yang tu. Jadi sebab tulah saya buat appointment terus dengan doktor bersalin saya sebelum ni.
“Jumpa doktor, saya ceritalah saya pergi klinik doktor klinik cakap macam mana, kemudian dia scan jugak terus dia cakap kat saya, kantung kemek dan kosong, ada pendarahan.
“Ni baby dah tak jadi. Awak kena cuci ni, kalau nak biar turun sendiri takut lambat dan sakit dan takut infection pula sebab dah bleeding kat dalam.
“Jadi dengan redhanya saya pun buatlah proses D&C. D&C tu dorang pengsankan saya kemudian cuci rahim saya. Proses itu kejap je dalam 30 min macam tu, jadi saya tengah pantang kat rumah dah,” jelasnya.
Terdahulu, Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2.