Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Satu Dunia Kena Scam! Plot Twist, Pelakon Bollywood Dibunuh Anak Rupanya Masih Hidup!

Mya Amri
15/12/2022 23:47 MYT
Pelakon Bollywood, Veena Kapoor yang sebelum ini dilaporkan meninggal dunia akibat dibunuh oleh anaknya kerana harta rupanya masih hidup.

Disebabkan itu juga, Veena tampil ke hadapan menjelaskan perkara yang berlalu itu sebenarnya hanya salah faham.

Tidak menunggu lama, pelakon vateran ini juga turut memfailkan aduan kepada polis mengenai laporan palsu yang menyebabkan dirinya menjadi tular.

Semasa memfailkan laporan, Veena hadir ditemani anak lelaki yang tinggal bersamanya.

Dalam kenyataan itu, Veena memaklumkan wanita terbunuh itu adalah orang lain walaupun memiliki nama yang sama sepertinya.

"Ini adalah berita palsu. Sebenarnya ada Veena Kapoor dan dia telah dibunuh. Tetapi saya bukanlah Veena Kapoor yang dimaksudkan itu.

“Saya adalah orang yang berbeza, nama sahaja sama tetapi saya tinggal di Goregaon bukan Juhu. Saya juga menetap bersama anak saya jadi itulah sebabnya orang menyangka bahawa ini adalah Veena Kapoor.

“Saya ingin memberitahu bahawa saya masih hidup, baik dan tidak mati. Jangan percaya berita palsu,” jelasnya.

Tambah Veena lagi, disebabkan berita palsu itu juga membuatkan dia tidak dapat fokus dan mengganggu kerjanya.

“Jika kami tidak membuat aduan sekarang maka perkara yang sama akan berulang dengan orang lain juga.

“Siksaan mental yang berlaku, dikacau dengan panggilan berulang siang dan malam, walaupun semasa saya menjalani penggambaran.

“Perkara itu merosakkan mood dan saya juga tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya ketika waktu bekerja,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Veena telah dibunuh oleh anak lelakinya sendiri.

Menurut laporan Zee News, mendiang yang berusia 74 tahun itu dibunuh dalam satu pergaduhan yang melibatkan harta.

BACA: Pelakon Veteran Dibunuh Anak Pakai Kayu Besbol, Mayat Dicampak Dalam Sungai

Veena dipercayai dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol, selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS).

Pihak berkuasa memaklumkan, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya hanya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah bernilai RM6.4 juta.

Sumber: Hindustan Times

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Bollywood #Pelakon Bollywood #Bunuh #Scam #Berita Palsu #Veena Kapoor #Masih Hidup #Plot Twist #Report Polis
;