Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Satu Evolusi Untuk Filem Tempatan... Lakonan Saya Bagi 5 Bintang!" - Datuk Yusof Haslam Puji Filem Pusaka

Kamaruddin Razal
29/10/2019 15:29 MYT
Penerbit dan pengarah filem tersohor, Datuk Yusof Haslam memberikan pujian terhadap filem Pusaka.

Hadir menonton filem terbabit di majlis tayangan perdana yang berlangsung baru-baru ini, Yusof menyifatkan Pusaka sebagai satu evolusi untuk filem tempatan.

"Permulaan sampai habis saya tonton filem ini... satu persembahan baru. Satu evolusi dalam filem tempatan yang bercorak seram.

Ada yang dah rasa kehadiran aku, giliran kau pula selepas ini.. Dengar pengakuan dari pelakon, pengarah dan penerbit terkenal Malaysia, Datuk Dr. Yusof Haslam tentang filem PUSAKA. . Dari Penerbit Filem DUKUN! . #PUSAKA MENYERU DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019! #DiaDahDatang #FilemPusaka #PelindungAtauPetaka Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


"Ia bukan seram semata-mata, tetapi lebih kepada penyiasatan, suspens.. Persembahan dia agak lain dari filem-filem tempatan yang biasa," katanya.

Tambah Yusof, Pusaka tidak hanya bersandar kepada elemen seram semata-mata.

"Satu pembaharuan dalam industri filem, lebih-lebih lagi kepada filem genre seram. Biasanya, kalau filem seram, ia lebih kepada hantu, seram... tetapi filem ini bukan bersandar terhadap seram semata-mata.

"Ia menampilkan elemen penyiasatan dan merungkai sebab tertentu mengapa perkara itu berlaku. Lakonan pelakon semua saya berikan lima bintang! Dari segi pengarahan juga bagus, dari 10 bintang, saya bagi lapan bintang!" puji Yusof lagi.

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
#Pusaka #Filem Pusaka