,
Hiburan

“Satu Hari Nanti Awak Pun Akan Berkedut” - Zain Saidin Mohon Jaga Adab, Jangan Kritik Rupa Orang Tanpa Solekan

Mya Amri
02/02/2024
05:55 MYT
Pelakon, Zain Saidin terpanggil untuk menegur sikap sesetengah netizen yang mengutuk wajah selebriti wanita tanpa solekan.
Zain berpendapat, tindakan itu disifatkan sebagai tidak sensitif kerana boleh menyakiti perasaan orang lain.
“Saya ada terbaca satu hantaran di Facebook. Hantaran tersebut mengatakan Liyana Jasmay mendapat face shaming.
“Ada yang berkata bagaimana suaminya boleh suka pada dia dengan mukanya yang sebegitu.
“Saya kena tegur perkara ini sebab saya rasa benda ini salah. Mana boleh buat benda macam tu. Awak tak kenal dia,” ujarnya menerusi video pendek dalam hantaran di TikTok.
Tambah Zain lagi, rasa cinta itu tidak timbul hanya berdasarkan rupa semata-mata sebaliknya sikap dab isi hati adalah peranan penting.
“Yang bertahan bukannya rupa tetapi isi hati. Orang dia yang kita rasa selesa sama jugalah dengan suami Liyana Jasmay.
“Yang pandang begitu mungkin sebab awak lagi muda dari dia, awak tunggulah awak tua. Baru awak tahu macam mana.
“Rupa tak tahan dik. Saya pasti Liyana memiliki sesuatu yang membuatkan suaminya jatuh cinta. Bukan kerana paras rupa tapi kerana hati Liyana,” tuturnya.
@zainsaidin23 No caption needed ? #fypシ #fyp #zainsaidin #maruahdiri #maruahwanita ♬ original sound - Zain Saidin
Dalam pada itu, Zain juga turut menasihatkan agar netizen menjaga budi bahasa dalam memberikan komen.
“Mulut tu… Kita ni Melayu, berbudi bahasa, jaga. Tak perlu nak cakap benda begitu, untuk apa?
“Ingat satu benda, rupa akan pergi. Satu hari nanti awak pun akan reput, berkedut. Apa pun saya minta maaf kalau menyinggung mana-mana pihak," katanya.

BERITA TRENDING: “Ini Baru Betul Bibik” - Rakam Video Tanpa Mekap, Liyana Jasmay Dibuli Netizen Bermulut Celupar!

Terdahulu, Liyana telah memuat naik hantaran di TikTok memperlihatkan dirinya sedang menikmati makanan tanpa mengenakan sebarang mekap.
Liyana juga memaklumkan dia baru menjamah makanan itu selepas tidak cukup tidur dan menjalani penggambaran dalam tempoh yang lama.
Menerusi video yang dimuat naik, wajah polos Liyana tanpa solekan mengundang beberapa komen nakal yang mengecam paras rupanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abby Abadi Rasa Rindu Bila Peluk Model Persis Wajah Anak - “Tiba-Tiba Datang Rindu”

gempak
11/09/2024
23:55 MYT
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Hiburan

Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”

gempak
23/08/2024
00:55 MYT
Gara-gara penampilan terbarunya yang menyaksikan dia kelihatan amat ‘berbeza’ berbanding ketika awal kemunculan dalam industri, ramai warganet yang mengusik penyanyi, Syamel.
Viral

Netizen Terhibur Wajah Imran Bard Persis Atlet Olahraga Olimpik Amerika Syarikat - “Muka Sama Perangai Sama”

gempak
06/08/2024
06:55 MYT
Sepotong video memaparkan aksi ‘catwalk’ atlet olahraga Amerika Syarikat, Anna Cockrell mencuri perhatian netizen apabila disamakan dengan wajah personaliti media sosial, Imran Bard.
Viral

Berubah Raut Wajah Wanita Kulit Hitam Ini Bila Joe Biden Tak Layan Sapaannya

gempak
07/07/2024
01:55 MYT
Sepotong video menyaksikan interaksi antara Joe Bidin dan seorang wanita kulit hitam viral di platform X gara-gara Presiden Amerikat Syarikat (AS) itu tidak melayan sapaan wanita tersebut ketika sesi ramah mesra.