Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira menyuarakan rasa terkejut selepas mengetahui pemergian komposer dan penerbit muzik terkemuka tanah air, Faizal Uzir atau lebih dikenali dengan nama Lok U semalam.

Kata Erra. kehilangan Lok U memberi impak kerana arwah seorang yang sangat aktif dalam industri muzik.

"Innalillahiwainnailaihirojiun.. Diusia 45 tahun Allahyarham Faizal aka Lok U meninggalkan kita mengadap yang Maha Esa.

"Satu kejutan buat industri muzik tanah air memandangkan Lok U insan seni yang aktif dan sibuk dgn tugasannya..

"Namun itulah kehidupan, sihat ataupun muda bukan jaminan.. Khabarnya, Allahyarham pergi akibat sesak nafas setelah pulang dari jogging. Innalillahiwainnailaihirojiun," tulisnya di Instagram (IG).



Dalam pada itu, pemilik nama Fazira Wan Chek itu turut berkongsi kenangan bekerjasama bersama arwah ketika di sebuah program televisyen.

"Lok U saya bekerja rapat dgn beliau ketika program Mentor.

"Banyak jasa dan bantuan Lok U kepada saya untuk menzahirkan kelainan buat anak didik saya, @salma_asis .

"Lok U insan yang sangat kreatif, cinta pada tugasnya, simple, mudah didekati dan ceria di mata saya..

"Hanya Allah yang dapat membalas kebaikkannya dan moga Allah tempatkan Allahyarham di kalangan hambaNya yang beriman. Aminnn. Al-fatihah buat Faizal aka Lok U," tulisnya lagi.

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Diusia 45 tahun.. Allahyarham Faizal aka LokYu meninggalkan kita mengadap yang Maha Esa. Satu kejutan buat industri muzik tanahair memandangkan LokYu insan seni yg aktif dan bz dgn tugasannya.. Nanun itulah kehidupan.., sihat ataupun muda bukan jaminan.. khabarnya, Allahyarham pergi akibat sesak nafas setelah pulang dr jogging . Innalillahiwainnailaihirojiun.. . . LokYu.. saya bekerja rapat dgn beliau ketika program Mentor. Byk jasa dan bantuan LokYu kepada saya untuk menzahirkan kelainan buat anak didik saya, @salma_asis . LokYu insan yg sangat creative, cinta pada tugasnya, simple, mudah didekati dan ceria dimata saya.. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikkannya dan moga Allah tempatkan Allayarham dikalangan hambaNya yang beriman.. Aminnn. . . AlFatihah buat Faizql aka LokYu..

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on


Lok U meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi semalam kerana mengalami sesak nafas selepas pulang dari jogging dan rebah di kediamannya di Puncak Jalil, Seri Kembangan.

BACA: Komposer Faizal Uzir @ Lok U Meninggal Dunia, Rebah Selepas Jogging