Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Satu Keputusan Aku Buat Tanpa Restu Mak Ayah Aku ..." - Erma Fatima Buka Balik Cerita Umur 20 Tahun

Amri Hassan 21/10/2019 | 07:16 MYT
Sutradara dan aktres popular Erma Fatima mendedahkan dia tidak mendapat restu daripada kedua-dua orang tuanya untuk menceburkan diri dalam dunia seni.
Nekad untuk bergelar pelakon, kata Erma dia ingin mencari sumber pendapatannya sendiri ketika berusia 20 tahun.
"Aku lalui peringkat demi peringkat, aku jatuh, bangun, tetapkan masa depan aku dari umur 20 tahun.
"Satu keputusan yang aku buat tanpa restu mak ayah aku untuk masuk dalam industri seni ini.
"Aku nekad dan aku nak buktikan aku akan berjaya. Inspirasi aku adalah mak dan ayah aku.
"Aku nak cari duit sendiri, aku tak nak susahkn mereka, nak beli apa yang aku nak dengan duit aku sendiri," kongsi Erma menerusi entri di Instagram.
Tambah Erma, matlamat utamanya bergelar anak seni demi membahagiakan keluarga dan memberikan kesenangan kepada ibu dan bapanya.
"Dari mula aku kerja sampai sekarang aku tak perlu lagi duit ringgit mak ayah aku.
"Aku hanya perlu bagi mereka keselesaan dan kebahagiaan.
"Perjalanan untuk aku sampai jadi apa yang aku nak jadi hari ini adalah ilmu yang tak ternilai harganya," tambahnya.

Aku lalui stage demi stage yg dia perkatakan. Aku jatuh..aku bangun..aku set masa depan aku dari umur aku 20 tahun. Satu keputusan yg aku buat tanpa restu mak ayah aku utk masuk dlm industri seni ini. Aku nekad dan aku nk buktikan aku akn berjaya. INSPIRASI aku adalah mak dan ayah aku. Aku merasa sudah cukup mereka bersusah payah kerja untuk sara aku. Aku nak cari duit sendiri...aku tk nak susahkn mereka. Aku nk beli apa yg aku nak dgn duit aku sendiri. Alhamdulillah...dari mula aku kerja sampai sekarang aku tak perlu lagi duit ringgit mak ayah aku. Aku hanya perlu bagi mereka keselesaan dan kebahagiaan. Perjalanan untuk aku sampai jadi apa yg aku nak jadi hari ini adalah ilmu yg tk ternilai harganya. Satu saja pesan aku...masa depan kita ada pada usaha kita... hidup tanpa perancangan ibarat seperti baring di katil menunggu malaikat maut datang. MALAS adalah musuh utama kejayaan. Kalau nk hidup berjaya tanpa usaha lebih baik MATI. Nk makan pun Allah kasi tangan untuk suapkn ke mulut. Kalau nk tunggu kesenangan datang bergolek ke kita...????? Alamatnya.... sampai tua lah kita hidup dalam PENANTIAN. Makanya TEPUKLAH DADA TANYA PADA DIRI SENDIRI...apa aku akan jadi selepas ini? Kejarlah sebelum terlambat kerana masa berlalu begitu cepat...nk berjaya dalam hidup kena USAHA dan USAHA. Kejayaan tak datang pada kita tanpa kita mengejarnya. ????? SELAMAT MENCARI MATLAMAT HIDUP ANDA!

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Erma berkongsi kisah hidupnya sambil berkongsi sepotong rakaman video seorang pakar motivasi dari negara China yang bercerita tentang matlamat hidup setiap 10 tahun.
Kisah berinspirasi daripada hidup Erma itu sedikit sebanyak menyuntik semangat daripada peminatnya di media sosial.
#pelakon #Viral #Erma Fatima #Pelakon #Viral
;