Laman Utama
"Satu Kerja Aku Nak Basuh ..." - Air Milo Menjijih Atas Lantai, Rita Rudaini Sound Rider Lagi
Pelakon Rita Rudaini sekali lagi berang dengan tindakan penghantar makanan yang meninggalkan minumannya dalam keadaan bocor dan tertumpah hingga ke lantai.
Tindakan itu disifakan Rita sebagai tidak bertanggungjawab terhadap rezeki sendiri dan pelanggan.
"Kepada penghantar rezeki orang pagi Jumaat ni, kau tak ikhlas dengan kerja kau dan sebab tu kau tak boleh nak jaga rezeki orang lain!
"Dah jadi satu kerja aku nak basuh lantai depan rumah dengan air milo yang tumpah tinggal plastik je. Orang macam ni memang tak pernah ikhlas dengan diri sendiri, apatah lagi dengan orang lain!" katanya.
Disebabkan sikap acuh tak acuh penghantar makanan terbabit, dia terpaksa membersihkan semula kesan air manis yang tumpah di lantai rumahnya.
"Aku memang sangat marah dengan perangai manusia macam ni, dah pecah dah bocor sekurang-kurangnya kau bagitahulah. Ni kau blah je.
"Menjijih air milo sampai ke depan sana kau bawa dengan motor pastu kau letak je tinggal je macam tu.
"Yang kau bawa ni rezeki orang ya, dan kau pun cari rezeki. Tapi cara kau cari rezeki dengan cara tidak jujur dengan rezeki kau sendiri dan rezeki orang," tegasnya.
Sebelum ini, Rita pernah berdepan situasi tidak bertanggungjawab penghantar makanan yang meninggalkan pesanannya di hadapan rumah berdekatan dengan tong sampah.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video