HIBURAN
"Satu Malaysia Tak Suka Kau! Kau Tu Pel*c*r Berstatus ..." - Pedasnya Dialog Latihan Projek Baru Nabila Huda, Netizen Kata Love Watak Ni
Perkongsian video memperlihatkan pelakon Nabila Huda sedang melontarkan dialog seakan-akan menyindir seseorang di laman Instagram miliknya menarik perhatian netizen.
Menerusi video yang dimuat naik, Nabila dilihat sedang meluahkan kata-kata tegas terhadap seseorang yang digambarkan sebagai memalukan keluarga dan suami sendiri.
“Berhentilah memalukan keluarga. Memalukan suami tercinta kau. Kau cubalah sedar sikit.

“Engkau tu p*l*c*r berstatus kan? Datin je. Kau ingat kau besar sangat ke? Saya dah cakap dengan kau dah.
“Satu Malaysia tak sukakan kau,” katanya.
Dalam video yang sama, aktres itu turut memberi amaran keras kepada individu tersebut supaya berhenti bersikap seolah-olah menganggap cara hidupnya sahaja yang betul selain memberi peringatan agar tiada pihak menyiasat siapa dirinya yang sebenar.
“Saya dah banyak kali dah warning. Jangan sampai orang siasat siapa diri kau sebenar.
“Jangan sampai orang akan korek cerita kau dalam dalam. Keluarkan segala benda-benda jahat yang kau buat di belakang.
“Ingat! what goes around comes around. Karma is a b*t*h,”perlinya.
Bagaimanapun menerusi kapsyen di perkongsian itu, Nabila memberitahu dialog yang digunakan hanya untuk latihan bagi karakter baharu dalam projek lakonannya akan datang.