gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Amy, Kau Ceritalah Benda Sebenar" - Awie
HIBURAN
Linda Rafar Kurang Selasa Sering Dibandingkan Dengan Diana Dalam Soal Penghijrahan- “Tak Adil Untuk Membuat…”
HIBURAN
"Satu Malaysia Tak Suka Kau! Kau Tu Pel*c*r Berstatus ..." - Pedasnya Dialog Latihan Projek Baru Nabila Huda, Netizen Kata Love Watak Ni
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hantaran Shila Amzah Beri Bayangan? Netizen Mula Dapat Jawapan - “Search Sendiri Okay…

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
12/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Hantaran Shila Amzah Beri Bayangan? Netizen Mula Dapat Jawapan - “Search Sendiri Okay…

Penyanyi, Shila Amzah sekali lagi menyorot perhatian netizen selepas berkongsi satu hantaran seusai membuat persembahan di konsert ulang tahun ke-20 Mr. DIY pada Jumaat.

Menerusi hantaran di Instagram itu, pelantun lagu Tiada Dirimu itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada penganjur dan beberapa rakan artis.
“Alhamdulillah, terima kasih Mr. DIY kerana menjemput saya.
“Sangat gembira dapat berjumpa dengan kakak-kakak saya Jaclyn Victor dan Ella. Maaf tak dapat sembang lama tadi, tak sempat nak amik gambar dengan abang Awie. Jumpa lagi nanti, great show today.
“Mari berehat dan fokus kepada Raise The Star Malaysia Ahad ini,” katanya.
Hantaran itu, seolah-olah menjawab teka-teki netizen siapakah penyanyi legenda yang didakwa telah “menyerang” Shila Amzah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan agar urusan Shila dipermudahkan.
“Sha ur Amazing..stay cool , biar lah org nak cari pasal ngan u. Sabar ya. All the best dear adik.
“Kitaorg semua ada sini.
“Sending hug to youuuuu 🫂 Love you Kasha.
“Paham2 lah sapa k… Search sendiri okay…
“Moga semua dipermudahkn Hehe gitu ja sis bgi tak yah search2 dah.

“Ramai org suro search sendiri.. tp search apa,” tulis netizen diruangan komen.

Sebelum ini, pengurus kepada, Shila Amzah iaitu Aini Shuhaidah memohon maaf kerana penyanyi itu tidak dapat memberikan sebarang kenyataan.

Jelasnya, pihak Shila telah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa sekarang.

Pada Khamis, Shila mendakwa dia diserang seorang legenda sebelum membuat ‘sound check’ sehari sebelum konsert berlangsung.

Shila juga dilaporkan sudah membuat laporan atas insiden itu dan kes kini dalam siasatan.

Topic Berkaitan
#Awie
#Ella
#Amy Search
#Shila Amzah
#Kena Serang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement