Hanya dengan memuat naik satu Tweet tentang roti, pengacara terkenal Oprah Winfrey menerima 12 juta dolar Amerika.

Selaku jurucakap syarikat pemakanan seimbang Weight Watchers, wanita berusia 61 tahun itu memuat naik video di Twitter tentang perkembangan beliau sejak memulakan program itu pada Ogos 2015.

Hanya sejam selepas tweet berkenaan dimuat naik, saham Weight Watchers naik $2 (RM8.50) dan sebagai pemegang lebih kurang 6 juta unit saham dalam syarikat itu, Winfrey berhak menerima $12 juta (RM50.98 juta).

"Saya suka roti, Saya mengawal pemakanan saya.“Saya berjaya turunkan 26 pound (11.79kg), dan saya makan roti setiap hari."

Pada Oktober, saham Weight Watchers terus melonjak dengan pengumuman Winfrey menyertai syarikat itu bukan sahaja sebagai jurucakap tetapi sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah setelah membeli 10 peratus kepentingan dalam syarikat pengurusan berat badan itu.

Olahan semula: Khalid Rahman

Sumber: Astro Awani