Hiburan

Saya Ada Dua Saksi Bersama, Pengusaha Restoran Tersebut Menipu - Zul Ariffin

gempak
Ahmad Shah
08/11/2016
10:27 MYT
Sponsor Banner
Saya Ada Dua Saksi Bersama, Pengusaha Restoran Tersebut Menipu - Zul Ariffin
Pelakon filem Tombiruo, Zul Ariffin menegaskan dakwaan seorang pengusaha restoran di Sabah yang mendakwa dia berlagak dia dan tidak mahu bergambar dengan peminat adalah palsu.
Menurut Zul lagi, tuduhan tersebut juga telah menyebabkan nama baiknya tercemar dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang memviralkan kenyataan palsu itu.
"Ya, memang betul saya ada penggambaran di Sabah ketika itu dan telah singgah di restoran tersebut untuk makan tengahari bersama dua orang rakan dan kru produksi.
“Seorang pelayan wanita datang ambil order kami dan kali kedua dia ke meja kami dan beritahu pemilik restoran mahu belanja kami makan. Kami senyum dan cakap "okay".
“Kali ketiga, dia beritahu pemilik kedai telefon dan mahu bergambar dengan saya. Saya beritahu kepada dia kami mahu makan dahulu dan minta tunggu sebentar. Seingat saya, tidak keluar langsung ayat 'please respek, saya tak selesa' seperti yang didakwa oleh pemilik restoran berkenaan di Facebooknya," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Zul berkata, dia tidak tahu apa motif pemilik restoran berkenaan memuat naik status sedemikian dan menipu semata-mata untuk mendapat perkongsian dan perhatian daripada netizen.
"Mula-mula saya anggap ini perkara kecil sebab itu saya tidak memberikan sebarang kenyataan, tetapi makin dibiarkan makin melampau. Agaknya dia sedang berseronok dengan tuduhan palsu yang dia buat.
"Semasa kejadian pemilik restoran tidak ada pun di situ. Saya ada saksi bersama saya, kalau saya ambil tindakan terhadap dia rasanya teruk dia nanti.
"Dia menipu dan menulis status berbaur provokasi? Apa motif dia? Adakah untuk mendapatkan publisiti murahan ataupun tujuan viral?," ujarnya kesal.
Tambahnya lagi, dia ke Sabah untuk penggambaran Tombiruo dan filem tersebut adalah berkenaan penduduk di negeri tersebut serta tuduhan pengusaha restoran yang menggunakan nama Olenz Aziz itu adalah sesuatu yang sangat serius dan melampau batas.
"Jadi, logik atau tidak saya tidak hormat orang Sabah? Sedangkan saya perlu bekerjasama dan mendalami cara hidup mereka di sana.
"Tindakan dia menjejaskan nama baik dan prestasi saya. Kalau dia mahu popular, saya boleh buat dia popular. Komen dia berbaur hasutan dan saya tidak boleh terima," katanya tegas.
Terdahulu, Zul Ariffin telah dituduh bersikap diva gara-gara pelakon berkenaan menolak pelawaan untuk bergambar.
Dia juga dikatakan tidak selesa apabila diajak bergambar selepas habis makan dan membuatkan peminat berkenaan menaikkan status yang menyatakan rasa tidak puas hati di akaun Facebooknya sehingga menjadi viral.
Bagaimanapun perkara tersebut turut menimbulkan perbalahan apabila ada pihak yang menyatakan bahawa dakwaan pemilik restoran berkenaan adalah palsu.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live