LAMAN UTAMA
"Saya Ada Impian Mahu Menetap Di Madinah, Kalau Boleh Meninggal Dunia Pun Di Sana" - Izara Aishah
Pelakon cantik Izara Aishah menyimpan impian untuk menetap di salah satu kota suci umat Islam, Madinah.
Bercakap kepada EH!, selain menetap di sana, isteri kepada Muhammad Adib Khalid itu turut punyai hasrat untuk meninggal dunia di sana.
"Ada banyak impian, seperti orang lain kita semua hendak membahagiakan ahli keluarga kita. Icha (panggilan diri Izara Aishah) mahu menjadi contoh yang baik kepada anak Icha sendiri.
"Dan Icha sebenarnya ada impian mahu menetap di Madinah dan kalau boleh meninggal dunia pun di sana. Impian ni memang ada dalam doa-doa Icha," katanya.
Dalam perkembangan lain, Izara merancang untuk melancarkan jenama pakaiannya sendiri yang bersifat universal, IZARA.
"Icha mahu orang nampak sofistikated, eksklusif dan expensive dalam baju-baju Icha. Harganya juga Icha nak mampu milik, sama seperti mana harga jenama fast-fashion yang lain," ujarnya yang turut merancang untuk membangunkan aplikasinya sendiri.
Sumber: EH! (Khairul Abidin)