Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Akan Elak Bercinta Dengan Suami Orang” - Arabella

Ernalisa
04/10/2024 07:55 MYT
Pelakon baharu, Arabella Ellen, memberitahu bahawa dirinya akan cuba mengelak daripada terlibat dalam cinta lokasi, terutamanya yang membabitkan ‘suami orang.’

Bagaimanapun, naib juara Dewi Remaja 2023 ini tidak menolak sekiranya diminta membawa watak bersama pelakon lelaki yang sudah berkahwin.

BERITA BERKAITAN : UNTUNGNYA!!! Bernadya - Untungnya, Hidup Harus Tetap Berjalan (Versi Akustik) | Gempak Jam Session
BERITA BERKAITAN : “Kenapa Pakai B*a Kat Luar?”, Netizen Kecam Busana Aisha Retno! | Lancang Bethol
BERITA BERKAITAN : “Rindu Lah Zaman Kecil-Kecil” - Netizen Terkejut Tengok Budi ‘Tentang Bulan’ Dah Ada Anak & Isteri
BERITA BERKAITAN : Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscar
“Oh… tidak. Saya sama sekali tidak akan bercinta atau terlibat dalam skandal dengan suami orang. Tidak!”

“Bagi saya, kalau dapat watak dengan suami orang, saya hanya bekerja sahaja. Lepas habis kerja, habislah.

“Ia bukan soal saya baru setahun jagung dan bercakap seolah-olah perkara ini pasti tidak akan berlaku. Bukan begitu maksud saya.


“Namun, memang saya akan elakkan perkara begini. Saya tak nak susah di kemudian hari. Sebab visi saya hanyalah untuk bekerja sahaja,” katanya.

Heroin drama Dari Mata Turun Ke Hati ini juga memberitahu bahawa dia semakin teruja untuk melakonkan watak-watak yang lebih mencabar.

“Saya seronok berlakon. Kalau dahulu saya seorang yang agak sukar bercakap, tapi kini saya semakin berani.


“Banyak perubahan positif dalam diri saya sekarang ini. Kadang-kadang, kalau tiada penggambaran di set, saya sendiri rasa bosan,” katanya.


Dalam pada itu, pelakon kecil molek ini juga bercadang untuk mengikuti kelas lakonan bagi membantu beliau lebih menghayati watak yang akan diberikan.

“Saya sedar saya masih baru dalam bidang lakonan, jadi saya nak asah lagi kemahiran lakonan saya supaya ia nampak lebih baik daripada sebelumnya.

“Mungkin dalam masa terdekat ini, saya akan cari kelas lakonan yang sesuai dengan masa saya,” katanya.

#Bercinta #Suami #Arabella #Orang #Elak #dengan
;