Jika sebelum ini, lagu 'I Am Me' dan 'Lavida Raya' berjaya menarik perhatian umum, jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida kini kembali dengan buah tangan terbaharunya sempena Piala Dunia 2018.
Minat mendalam terhadap dunia bola sepak dan nyanyian, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman tampil dengan lagu berentak reggae iaitu 'Lavida Go Bola'.
Lagu itu, yang dinyanykan Vida bersama-sama anaknya yang dikenali dengan nama Cik B dan penyanyi Mimi Fly, siap sepenuhnya seminggu sebelum sambutan Aildilfitri.
"Ia hasil ciptaan dan lirik oleh Cat Farish, Illegal, Mimi Fly dan Mohd Hilmi," katanya pada sidang media sempena pelancaran lagu berkenaan di Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh pada Jumaat.
Vida berkata lagu itu hanya mengambil masa empat hari untuk disiapkan termasuk pembikinan muzik videonya.
"Saya memilih genre reggae supaya lagu ini dapat menceriakan musim bola sepak ketika ini dan saya mahu orang ramai 'enjoy' mendengar lagu berentak rancak yang sudah sebati dengan diri saya," katanya.
Vida berkata meskipun kos pembikinan muzik video lagu itu tidak semahal single pertamanya namun, ia sangat istimewa kerana lokasi penggambaran itu dilakukan di Stadium Perak dan di kediamannya sendiri di Ipoh.
Lagu itu telah dimuat naik di Youtube bermula hari ini dan sehingga kini, video berkenaan sudah menerima lebih 55,000 tontonan.
"Saya akan terus berkarya selepas ini walaupun suara saya tidaklah sesedap mana... saya tidak akan sekali-kali menjadikan itu sebagai kelemahan kerana selagi orang ramai masih mahu menerima karya saya, mengapa tidak saya teruskan," katanya.
Sementara itu, Cat Farish berkata Vida begitu teliti dengan pemilihan genre dan lirik lagu tersebut walaupun ia tidak jauh berbeza dengan dua lagu nyanyian Vida sebelum ini.
"Datuk Seri Vida sudah tahu apa yang diingininya... beliau mahu lagu yang ringkas, tidak meleret seterusnya mampu menarik orang ramai untuk mendengar. Jadi, saya kena sediakan segera dan hantar (lagu) kepadanya sehingga beliau berpuas hati," katanya.
Astro merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2018 Rusia di Malaysia dan anda dapat menyaksikan kesemua 64 perlawanan secara langsung di Astro!
Astro juga akan turut membuat liputan komprehensif kesemua 64 perlawanan sepanjang musim perayaan ini.
Bukan itu saja, kesemua 64 perlawanan dapat disaksikan dalam definisi tinggi (HD) dan juga boleh dialami dalam bentuk realiti maya (VR) untuk pengalaman menonton seakan berada di dalam stadium!
Sumber: Bernama / Astro Awani
Kamaruddin Razal
Sat Jun 23 2018
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.