,
Viral

“Saya Amat Menghargai Usaha Ebit Lew & Pasukan Atas Kemahiran Mereka Memujuk Pak Ishak Sekeluarga Berpindah” – CEO LZNK

Fiza Kamarudin
22/04/2020
03:45 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK), Zakaria Othman, mengucapkan terima kasih kepada pendakwah bebas Ebit Lew dan pasukannya kerana berjaya memujuk keluarga Pak Ishak keluar dari kediaman mereka.
Zakaria berkata, pihak LZNK telah berusaha memujuk Pak Ishak atau Ishak Darus sekeluarga untuk berpindah dari rumah yang tidak terurus itu dan tinggal di rumah baharu sejak 12 tahun lalu.
Namun usaha mereka menemui jalan buntu kerana keluarga Pak Ishak memberi pelbagai alasan untuk tidak keluar daripada rumah yang terletak di Lorong Gedebang, Mukim Derga, Alor Setar itu.
Bagaimanapun kedatangan Ebit Lew dan pasukannya berjaya membuatkan Pak Ishak sekeluarga berpindah dan secara tidak langsung telah membantu menyelesaikan usaha LZNK dan beberapa pihak lain sejak sekian lama.
“Susulan isu tular mengenai seorang penerima bantuan zakat bernama Ishak bin Haji Darus, saya mewakili pihak LZNK mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Ust Ebit Lew dan pasukan serta semua masyarakat awam di atas keprihatinan dalam isu ini. “Saya amat menghargai usaha Al-Fadhil Ust Ebit Lew dan pasukannya di atas kemahiran mereka yang berjaya memujuk keluarga Pak Ishak keluar daripada kediaman tersebut.
“Sesungguhnya niat murni ini amat disanjung dalam membantu pihak LZNK menyantuni lebih 15,773 orang asnaf yang ada di negeri Kedah (sehingga 21 April 2020) termasuk Pak Ishak dan masa depan anak-anak dan cucu-cucu beliau yang masih tidak mengerti apa-apa,” katanya menerusi sebuah kenyataan.
Sehubungan itu Zakaria memohon orang ramai supaya berhenti menuding jari sebaliknya menyiasat dahulu kisah sebenar daripada pihak-pihak yang terlibat.
“Kesan daripada isu yang tular ini, terlalu ramai netizen yang mula mengecam dengan kata-kata kesat terhadap semua pihak yang terlibat terutamanya LZNK seolah-olah semua pihak ini tidak pernah ada sekelumit usaha untuk membantu Pak Ishak dan keluarganya walaupun perkara ini tidak disebut oleh Al-Fadhil Ust Ebit Lew dalam posting beliau.
“Namun begitu, dalam kita ghairah memberi komen, cacian dan cercaan kepada semua pihak, alangkah baiknya sekiranya kita menahan jari jemari kita dengan menyiasat dan bertabayyun terlebih dahulu daripada pihak-pihak yang terlibat.
“Sesungguhnya institusi agama ini tidak akan berdiri teguh jika bukan dengan sokongan semua saudara-saudara Islam kita yang sama-sama berganding bahu menunjukkan keprihatinan bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya.
Penjelasan mengenai isu tersebut dibuat Zakaria menerusi posting di laman sosial Facebooknya pada 5 petang semalam (Isnin), sebaik sahaja kisah mengenai penerima zakat sejak tahun 2007 itu tular.
Dalam pada itu Zakaria turut mengucapkan terima kasih kepada AJK Masjid Al Irfan Derga, pengurusan kampung dan jiran tetangga di Kg Derga kerana telah membantu keluarga Pak Ishak sejak dahulu lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.