Aktres jelita Nur Fazura meluahkan rasa rindu pada arwah bapanya, Sharifuddin Adnan selepas 22 tahun bapanya pergi mengadap ilahi.

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura membuat dedikasi khas buat arwah bapa yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada Rabu.

“Papa tersayang, papa pasti berusia 65 tahun pada hari ini dan saya yakin papa akan kelihatan tampan dengan senyuman abadi di wajah.

“22 tahun sudah berlalu tapi kasih sayang dan kekuatan papa tetap kuat dalam diri saya. Saya sayang papa sangat dan saya amat merindui papa. Al-fatihah Sharifuddin bin Adnan,” tulis Fazura di ruangan kapsyen.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Menerusi perkongsian itu lagi, Fazura turut memuat naik sekeping foto kenangan bersama bapanya ketika berada di luar negeri.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan takziah dan doa buat

Semoga Allah tempatkan rohnya bersama-sama para solihin,” komen seorang wargamaya.

Al-fatihah untuk papa. Saya yakin papa mesti bangga dengan Faz,” kata seorang wargamaya.

Dari dulu Fazura cantik. Al-fatihah,” puji seorang wargamaya.

Stay strong dan sabar kak Fazura,” tulis seorang wargamaya.

Rindu yang tiada penghujung, Al-fatihah,” ucap seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 72,000 tanda suka daripada pengikutnya.