,
Laman Utama

"Saya Ambil Awie, Erra Fazira & Ziana Zain Berlakon Filem Saya Kerana Berbakat" - Yusof Haslam

Amri Hassan
16/11/2022
12:55 MYT
Produser dan pengarah yang pernah mendapat jolokan 'Six Million Dollar Man', Datuk Yusof Haslam, berpendapat rupa dan bakat harus seiring untuk mendapat tempat dalam industri perfileman.
Kata Yusof, kedua-dua elemen itu subjektif mengikut interpretasi masing-masing termasuk penonton di kaca televisyen atau layar lebar.
"Bercakap soal bakat dan sebagainya, bagi saya ia subjektif kerana semua manusia pun mahukan yang cantik. Kalau kita buat filem pun contoh filem Hindustan pun semua nak yang cantik tapi tanpa kita mengabaikan bakat.
"Sebagai pelakon dan pengarah, mata kita adalah kamera. Kita akan tengok cara pelakon itu berjalan dan bercakap. Isteri saya sendiri adalah penasihat dan penonton pula mewakili masyarakat. Jika tidak, saya akan menjadi pengarah yang syok sendiri.
"Menghasilkan filem juga 'survival' kerana buat filem bukannya mudah. Buat dua tiga filem bukannya semua berjaya kerana ia bagaikan satu perjudian," katanya.

Noor Kumalasari berlakon filem pertama Yusof Haslam

Mengimbas latarnya, Yusof berkata, dia bermula sebagai pelakon dan pengarah ketika meniti usia belasan tahun.
"Saya juga mengambil Noor Kumalasari untuk berlakon dalam filem pertama kerana terpikat dengannya yang juga seorang model yang cantik pada zaman itu.
"Bagi saya, bakat dan rupa penting untuk pemilihan pelakon. Bila isu ini diperdebatkan, saya ada menghubungi A Aida kerana saya sependapat dengannya kerana kami sama-sama bergelar produser," katanya.

Awie, Erra Fazira, Ziana Zain berbakat

Yusof berkata, dia juga meminta pandangan isterinya yang sentiasa memberikannya motivasi untuk menghasilkan filem.
"Saya menampilkan Awie dalam filem Pemburu Bayang dan filem itu juga berjaya.
"Manakala, dalam filem Sembilu pula, pilihan pertama saya adalah Aktres Sofia Jane tetapi dia menolak tawaran terbabit kerana mahukan watak lebih mencabar. Justeru, saya mengikut cadangan isteri untuk mengambil Erra Fazira kerana dia juga Ratu Cantik ketika itu.
"Selain Awie dan Erra Fazira, saya juga mengambil Ziana Zain untuk berlakon dalam filem terbitan saya kerana dia juga berbakat," katanya.

Artis cantik filem gagal

Namun, kata Yusof, bukan satu jaminan dengan mengambil artis popular dan cantik, filem akan mendapat sambutan kerana ada juga filem yang gagal.
"Ada juga pelakon yang memiliki personaliti yang kurang tapi ada daya penarik seperti Seniwati Azean Irdawaty dan Allahyarham Nordin Ahmad yang tidak sekacak manapun.
"Justeru, saya menafikan pelakon yang kurang dari segi rupa tiada peluang dalam industri kerana pembahagian watak mengikut kesesuaian dan masing-masing ada peranan dalam menaikkan industri seni," katanya.
Yusof tampil dalam forum Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? yang berlangsung di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor baru-baru ini.
Forum ini dianjurkan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan FSKK, UKM sempena menyemarakkan penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) KE 32 yang bakal berlangsung pada 2 Disember depan.
Barisan ahli panel yang diundang mengupas topik itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim; Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penerbit Filem Malaysia yang juga Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam dan Seniwati veteran, Noor Kumalasari.
Tidak ketinggalan, penampilan dua pendatang baru meningkat naik dalam industri hiburan, Sharifah Rose dan Hariz Hamdan serta aktor Fahrin Ahmad sebagai moderator.
Majlis pelancaran forum disempurnakan Pengerusi FINAS, Senator Datuk Seri Zurainah Musa. Hadir sama, Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin dan Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Unitar