Laman Utama

“Saya Ambil Berkat Je, Tak Sangka Pula Kecoh”- Bergambar Atas Pelamin, Jue Aziz Tak Bertunang Lah

gempak
Mya Amri
11/05/2022
05:30 MYT
Sponsor Banner
“Saya Ambil Berkat Je, Tak Sangka Pula Kecoh”- Bergambar Atas Pelamin, Jue Aziz Tak Bertunang Lah
Pelakon Jue Aziz tampil menjelaskan salah faham berkenaan dakwaannya sudah melangsungkan pertunangan baru-baru ini.
Menurut Jue, terdapat kekeliruan berkenaan dengan foto yang dikongsi di mana lelaki yang berada di sebelahnya itu sebenarnya adalah anak buahnya.
“Pertama sekali Jue ingin terangkan mengenai pertunangan Jue itu betul ke tidak. Sebenarnya itu anak buah, Jue ada post semalam.
“Jue hanya bergambar ambil berkat kata oranglah kan hehe atas pertunangan anak buah Fifi dan berangan ambil gambar tak salah kan?” jelasnya.
Bagaimanapun, Jue akui terkejut dan tidak menyangka foto tersebut menjadi bualan hangat netizen.
“Tak sangka pula jadi kecoh macam ini sebab gambar itu pun tak nampak macam orang bertunang siap pegang bunga sama-sama bersentuhan.
“Lagi pun Jue ada post sebelum itu gambar anak-anak buah Jue ni. Alhamdulillah, Jue benar-benar menghargai doa-doa kalian, tudak berhenti mendoakan dalam DM hingga sekarang.
“Manalah tahu berkat doa-doa tu semua jadi kenyataan suatu hari nanti dengan jodoh yang benar.
“Ada bagusnya juga jadi macam ni sebab ada yang ingat Jue dah kahwin atau tak pernah kahwin lagi. Jadi isu ini dapat clear kan kekeliruan status Jue. Single lagi okay.
“Jadi kat luar sana tak payah nak kecewa sangat. Kelakar juga tengok komen, korang betul-betul menceriakan saya.
“Terima kasih kerana memberikan sokongan pada saya. Jue sangat menghargainya… Walaupun Jue dah lama menyepi tak sangka masih ramai lagi yang mengikuti perkembangan Jue,” tulisnya.
Dalam pada itu, Jue juga turut menjelaskan kekeliruan mengenai status anak angkatnya seperti dilapor sebuah akhbar.
“Keduanya saya nak terangkan lagi sekali mengenai anak Jue, Darwish bukan hasil daripada perkahwinan yang lepas ya.
“Jue ambil Darwish sebagai anak angkat dari Jue belum berkahwin lagi. Harap selepas ini tiada lagi salah informasi yang boleh buatkan sesuatu isu itu menjadi lebih sensitif kepada sesetengah pihak,” terangnya.
Terdahulu, nama Jue menjadi bualan selepas berkongsi foto duduk di atas pelamin seperti baru sahaja selesai majlis pertunangan.
Hantaran itu sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi netizen yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah kepada Jue.
Jue sebelum ini pernah berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014.
Bagaimanapun jodoh pasangan ini tidak panjang dan mengesahkan penceraian mereka pada 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024