Pelakon, Datuk Aaron Aziz dikatakan antara punca berlaku penceraian di Malaysia selain alasan isteri suka bermain PUBG dan rumah bersepah dengan produk Tupperware.

Menurut laporan Utusan Malaysia, rekod tersebut diperoleh daripada Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah.

Punca-punca remeh sedemikian memang berlaku selain kes-kes serius seperti masalah rumah tangga semakin meruncing ketika pandemik Covid-19.

Ada juga di antara pasangan mengalami tekanan kerana kekangan kewangan mengakibatkan kehidupan sebagai suami isteri runtuh sekelip mata.

Berita tersebut turut menarik perhatian Aaron yang turut berkongsi rasa sedih apabila mengetahui dirinya turut terkait dalam masalah rumah tangga orang lain.

Aaron menerusi hantaran di Instagram (IG) berharap agar pasangan-pasangan ini dapat kembali bersama atau rujuk demi anak-anak dan amanah Allah.

Menerui hantaran tersebut Aaron turut menyertakan tanda pagar ‘jangan kecam abang’, ‘abang tak bersalah’ dan ‘perkara yang abang tidak ingin berlaku’.

“Ya Allah…Saya baca ni saya rasa sedih… Abang sama jugak dengan suami lain inginkan rumahtangga yang bahagia.

“Abang harap dapatlah rujuk demi anak anak dan amanah. #JangankecamAbg #Abgtakbersalah #PerkaraygAbgtidakinginberlaku,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang memaparkan potongan berita dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.