Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

Ainun
18/07/2024 08:55 MYT
Kata Rachel, 42, yang pernah dinobatkan sebagai Miss Chinese International 2003 itu, filem Sight yang diterbitkannya itu telah ditayangkan di lebih 2,000 buah skrin di Amerika Syarikat.

"Filem ini bukan sekadar bukti kehidupan Dr Ming Wang yang luar biasa tetapi juga perayaan ketabahan, cinta, harapan dan perdamaian.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga membawa cerita dan bakat Asia ke Hollywood, merapatkan budaya dan mempamerkan kepelbagaian yang memperkayakan industri perfileman.


“Kebanyakan filem Hollywood yang dihasilkan ini mampu mempengaruhi kepercayaan budaya global. Melalui filem ini, kami mahukan lebih banyak cerita dan bakat Asia muncul di belakang dan di depan kamera.

"Bagi saya, siapa yang akan menceritakan kisah di mana orang Asia telah menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk kebaikan jika kita tidak melakukannya,” tambah Rachel lagi.

BERITA TRENDING: Bintang Beverly Hills 90210 & Charmed, Shannen Doherty Meninggal Dunia

BERITA TRENDING: Tak Sebulu, Abang Dedah Julia Roberts Larang Cerita Tentang Dirinya

BERITA TRENDING: Spider-Man Tobey Maguire Didakwa Bercinta Dengan Model 20 Tahun, Berdarah Malaysia

BERITA TRENDING: Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”


Filem Sight berdurasi 100 minit itu dibintangi oleh calon Oscar Greg Kinnear dan Terry Chen, sehingga kini mengutip lebih RM32 juta.

Untuk info, filem Sight mengisahkan kisah kehidupan seorang pakar bedah mata yang terkenal dunia, Dr Ming Wang, yang mengatasi kesukaran untuk menjadi perintis perubatan.

#Hollywood #Filem #Tan #Rachel #Sight