Hollywood

Tak Sebulu, Abang Dedah Julia Roberts Larang Cerita Tentang Dirinya

Maliah Surip
12/07/2024
15:55 MYT
Barangkali ramai yang tidak tahu aktres terkenal Hollywood, Julia Roberts mempunyai abang yang juga merupakan seorang pelakon.
Namanya Eric Roberts. Dia malah telah terbabit lebih awal dalam dunia perfileman. Eric direkodkan telah terbabit dengan lebih 700 karya sepanjang lima dekad menjadi anak seni.

Tak sebulu

Namun di sepanjang karier, Eric yang pernah tercalon dalam Oscar pada tahun 1985 menerusi lakonan di Runaway Train dilarang bercerita atau menyebut nama adiknya, Julia.

Bintang The Dark Night itu mendakwa Julia yang lebih terkenal dan popular daripadanya tidak mahu sama sekali dikaitkan dengan dirinya.
“Saya sayang adik saya tapi saya dilarang bercakap tentangnya. Dia (Julia) tidak mahu saya bercakap tentang dia.
“Jadi anda perlu tanya dia sendiri,” ujar Eric sewaktu hos podcast Steve Kmetko bertanya tentang Julia kepadanya, lapor Huffpost.com.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Jalin Cinta 3 Bulan, Julia Roberts Curhat Kematian Matthew Perry

ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: Amankila Resort Mewah Bali Tempat Nikah BCL, Tiko! Ini Fakta Menarik, Pakej & Harganya

ARTIKEL BERKAITAN: George Clooney & Julia Roberts Kembali, Kali Ini Misi Selamatkan Perkahwinan Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Rebah Ketika Bersiar-Siar Dengan Anjing, Gadis Bond Tanya Roberts Meninggal Dunia Akibat ...

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Roberts Akan Bersalin Dalam Masa Terdekat

Terdahulu hubungan Eric dengan bintang Pretty Women itu diketahui tidak baik selepas aktor itu mengalami masalah ketagihan dadah sehingga bercerai dengan isteri, Kelly Cunningham.
Julia malah telah membayar yuran guaman kakak iparnya untuk memenangi hak penjagaan anak saudaranya, Emma Roberts yang kini juga sukses menjadi bintang Hollywood.
Selain Julia, Eric mendakwa anaknya Emma juga melarang dia bercakap tentang dirinya.
“Anak saya, Emma juga tidak mengizinkan saya bercakap tentang dirinya. Tapi saya tidak dapat menahan diri. Saya jatuh cinta dengan kerjanya. Saya bangga dengan dia,” kata Eric.
Emma, 33, memulakan kariernya pada tahun 2000 dan telah terbabit dengan banyak karya popular termasuk Nancy Drew, Scream 4 dan Madame Web.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Aufahanie Minta Orang Ramai Berhenti Kongsi Gambar Arwah Nidza - “Sila Take Down…”

gempak
15/08/2024
09:55 MYT
Penyanyi Aufahanie memohon agar orang ramai berhenti memuat naik gambar arwah abangnya, Allahyarham Nidza Afham yang ditemui meninggal dunia semalam.
Hiburan

“I Love You Am, Bahagialah Di Syurga Firdausi” -  Aufahanie

gempak
14/08/2024
16:08 MYT
Penyanyi Aufahanie mendoakan Allahyarham abangnya, Nidza Afham yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang.
Hiburan

“Ayah Cakap Masa Laungkan Azan Dia Sudah Ada Firasat Afham Berada Di Situ” - Kakak Aufahanie

gempak
14/08/2024
15:57 MYT
Kakak sulung kepada penyanyi, Nidza Afham iaitu Irfahanie memberitahu bapanya Mokhtar Mahmud sudah merasakan akan bertemu mayat anaknya ketika melaungkan azan di sekitar Jambatan Sungai Klang pada petang Rabu.
Hiburan

Aufahanie Kongsi Abang Luah Hasrat Mahu Berkahwin - “Nidza Afham Manusia Paling Baik, Paling Rapat”

gempak
14/08/2024
14:21 MYT
Penyanyi Aufahanie berkongsi keperibadian allahyarham abangnya yang juga penyanyi, Nidza Afham di media sosial.
Viral

Abang Gagal Dikesan Selepas Keluar Jogging, Aufahanie Mohon Bantuan Orang Ramai - "Lokasi Terakhir, Jambatan Sungai Klang"

gempak
14/08/2024
00:32 MYT
Penyanyi Aufahanie memohon bantuan orang ramai untuk mengesan abangnya, Nidza Afham yang gagal dikesan sejak petang semalam.