Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Bangga Dapat Tahu 'Bella Astillah' Dah Ada Cawangan" - Bella Buka Mulut Isu Pavithra Maafkan Suami

ZULHILMI JALIL
26/07/2020 04:05 MYT
Gara-gara memaafkan kesalahan suami selepas dikasari, netizen mula menyamakan YouTuber masakan popular S. Pavithra dengan pelakon Bella Astillah.

Ini kerana, netizen mendakwa perbuatan kedua-dua individu itu tidak jauh beza apabila sanggup menerima kekhilafan suami.

Bahkan, ada yang melabelkan Pavithra sebagai 'Bella Astilla 2.0'

Tindakan netizen itu kemudian membuatkan isteri pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu bersuara.

Menurut Bella, dia berasa terkilan dengan sikap segelintir netizen yang cepat menghukum atas tindakan dan keputusan yang dibuat seseorang.

"Korang ni sibuk betul pasal Pavithra dan samakan dia dengan kita kononnya dia Bella Astillah 2.0?

"Hanya kerana dia pilih untuk maafkan suami dia? Anda nak dia buat keputusan yang macam mana? Bercerai terus? Tak perlu fikir pasal anak-anak? Pasal rumah tangga? Pasal keluarga?," katanya.

Menurut Bella, setiap kuputusan yang dibuat oleh pasangan suami isteri apabila berdepan dengan satu-satu konflik itu bukanlah sesuatu yang mudah.

"Bukan senang nak buat keputusan. Perkahwinan bukan macam main masak-masak, melibatkan keluarga. Anda semua nak mereka bercerai?

"Lepas tu baru korang nak bersorak? Tak faham apa yang netizen nak. Bila orang bergaduh suruh fikir tentang kebaikan pasangan dan anak-anak, tapi bila orang dah berbaik pula suruh bercerai?" luahnya menerusi ciapan di Twitter miliknya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kata Bella lagi, netizen tidak sepatutnya menghukum kerana apa jua keputusan yang dibuat merupakan hak satu-satu pasangan itu.

"Lebih baik kita semua cermin kehidupan sendiri dan perbaiki kelemahan diri dulu. Dia nak jadi solo ke nak kahwin ke nak jadi apa pun itu hak dia. Apapun risiko, akibat yang akan dia hadap lepas ni diri dia juga yang akan hadap sebab pilihan dia.

"Siap cakap 'haa lepas ni mesti kena lagi rabak'. Persoalannya, siapa kita nak menghukum? adakah kita terlalu sempurna? Adakah kita malaikat? Macam mana kita ni boleh tahu tentang masa depan atau apa yang akan jadi? Kita bukan tuhan," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pada masa sama, kata Bella, sebagai masyarakat yang prihatin, kita sepatutnya mendoakan agar segala apa yang dilalui Pavithra itu dipermudahkan.

"Yang kecewa tak selamanya kecewa. Yang bahagia tak selamanya bahagia seabb semuanya hanya sementara. Hidup ni macam roda.

"Sebagai manusia apa salahnya kita doakan mereka yang baik-baik je. Sekiranya hati kita selalu doakan hidup orang baik-baik, Insya-Allah kita pun mendapat kehidupan yang baik.

"Dan, saya bangga dapat tahu sekarang ‘Bella Astillah’ dah mulai ada 'cawangan'," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebelum ini, Bella pernah dikritik kerana bertindak menerima semula suaminya selepas melalui beberapa kali kontroversi mengaitkan berita kecurangan Aliff.

BACA: "Masa Dalam Iddah Lagi Tak Perlu Kahwin Semula" - Bella Astillah & Aliff Aziz Kembali Rujuk, Kini Hamil Anak Kedua

Terdahulu, Pavithra juga mengakui sudah mamaafkan kesalahan suaminya yang dipercayai bertindak mengasari dirinya.

BACA: "Saya Sudah Maafkan Suami"- Pavithra Mohon Terus Sokong Video Masakannya

Bagaimanapun, pasangan itu kini bertindak 'menghilang diri' daripada media sosial apabila memadan kesemua video masakannya selama ini.

BACA: Saluran YouTube Sugu Pavithra Kosong! Tiada Lagi Video Masakan

#Bella Astillah #Suami #Sugu Pavithra
;