Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Batuk & Tersedak Terus Rebah Tak Ingat Apa-Apa” - Roslan Shah

Syafiqah Jalal
28/02/2022 12:19 MYT
Pelakon dan penyanyi Roslan Shah akui kejadian pengsan dan rebah secara tiba-tiba ketika berada dalam program TV secara langsung siang tadi berlaku dengan pantas.

Roslan, 50, yang kini sudah berada dalam keadaan stabil di Hospital Sungai Buloh sempat berkongsi perkara sebenar yang berlaku kepada Gempak.

BACA: Roslan Shah Tiba Tiba Rebah Terlungkup Ketika Siaran Langsung Di Televisyen

“Sebenarnya sebelum kejadian saya berborak seperti biasa ketika ditemu ramah sehinggalah saya terbatuk dan tiba-tiba tersedak seperti sukar bernafas.

“Saya jadi pitam dan terus rebah kerana kepala saya pening tapi selepas itu saya separuh sedar dan tak ingat apa apa yang berlaku dan sedar-sedar saya dihantarkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi.

Roslan yang dihubungi menerusi talian telefon itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di ruang kecemasan hospital.

Kurang jelas tahap kesihatannya kini, Roslan berkata dia hanya diberitahu oleh doktor tekanan darahnya amat berbahaya.

“Saya belum berjumpa dengan doktor lagi untuk bertanya lanjut mengenai tahap kesihatan saya, cuma saya diberitahu tekanan darah saya sangat tinggi iaitu dengan bacaan 220.

“Saya pun terkejut kerana saya tidak pernah mempunyai sebarang penyakit terutama darah tinggi sebelum ini.

“Mungkin kerana dalam minggu ini saya agak sibuk menghadiri banyak show dan sebagainya. Seingat saya juga saya kurang sihat kerana terkena hujan beberapa hari lalu,” kongsinya lagi.

Pun begitu, Roslan menberitahu hasil ujian Covid-19 dia disahkan negatif.

Video Roslan rebah ketika program siaran langsung itu tular dan mendapat perhatian ramai.

;