Hiburan

“Saya Bawa Ayah Bersama Saya” - Genap 7 Tahun Pemergian, Imran Ajmain Bawa Foto Arwah Bapa Ke Makkah

gempak
Azwa Rahman
07/03/2020
05:09 MYT
Sponsor Banner
“Saya Bawa Ayah Bersama Saya” - Genap 7 Tahun Pemergian, Imran Ajmain Bawa Foto Arwah Bapa Ke Makkah
Penyanyi Imran Ajmain meluahkan rasa sayunya apabila terkenang pemergian arwah bapa yang memasuki 7 tahun ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Imran memuat naik sekeping foto bersama bapanya yang diletakkan di sebelah Kaabah untuk tatapan umum.
“Sebaik sahaja selesai tawaf yang terakhir di sana, saya keluarkan foto ini - sejujurnya dengan penuh niat diletakkan bersebelahan dengan Kaabah dan berfoto untuk detik ini hari ini, sebagai tanda “I brought you here with me”.
“Tarikh 6 Mac 2020 merupakan genap 7 tahun arwah abah saya, Ahmad Husaini Ajmain, selamat dikebumikan di sebuah pusara di Singapura. Beliaulah insan bersama mak saya yang membesarkan saya sehingga saya menjadi seorang dewasa,” tulis Imran sebagai kapsyen.
Terbaca di semua media bahawa Masjidil Haram sedang menjalani penutupan sementara demi prosedur pembersihan dan foto-foto sekeliling Kaa’bah terlihat sunyi dan sepi. Sangat berbeza dengan apa saya lalui beberapa minggu lalu apabila saya dapat peluang ke Tanah Haram buat kali pertama untuk mengerjakan ibadah Umrah. Buat seseorang yang tidak pernah ke sana (dan juga untuk mereka yang biasa pergi), kadang-kadang boleh dilemaskan dengan perasaan takut dan gementar, lagi-lagi bila Tawaf menjadi sesak dan penuh. I almost forgot to do this. Sebaik sahaja habis urusan Tawaf yang terakhir di sana, saya keluarkan foto ini — sejujurnya, dengan penuh niat untuk letakkan bersebelahan dengan Kaa’bah dan berfoto untuk detik ini hari ini — sebagai tanda “I brought you here with me” Tarikh 6 Mac 2020 merupakan genap sudah 7 tahun arwah Abah saya, Ahmad Husaini Ajmain, selamat dikebumikan di sebuah pusara di Singapura. Beliau lah insan, bersama Mak saya, yang membesarkan saya sehingga saya menjadi seorang dewasa. Saya doakan roh beliau dirahmati dan juga ditempatkan di seindah-indahnya tempat di sana, sambil beliau menantikan kedatangan kami ke sana satu hari nanti. You will always be missed. Juga, doa saya kepada semua yang kehilangan ayah atau “father figure” supaya sentiasa tabah dan teruskan kehidupan di dunia, dan buatlah yang terbaik walau betapa pahit. InsyaAllah ada hikmahnya. Al-fatiha buat semua ayah-ayah kita semua. #alfatihah
A post shared by Imran Ajmain (@imranajmain) on
Pada foto yang sama, Imran turut menitipkan doa kepada pengikutnya yang kehilangan bapa tersayang supaya sentiasa tabah dan meneruskan kehidupan.
Meninjau ruangan komen, ramai yang turut mendoakan agar arwah bapa penyanyi berusia 39 tahun itu dirahmati Allah SWT.
Malah, ada juga yang turut berkongsi kisah pilu kehilangan ibu dan bapa masing-masing.
“Semoga roh Almarhum tenang di sana,” doa seorang wargamaya.
“Arwah ibu saya juga dah 11 tahun, tarikh yang sama. Al-fatihah untuk kedua-duanya,” kata seorang wargamaya.
“Semoga syurga tempatnya nanti,” ujar seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live