,
Viral

“Saya Bayangkan Pontianak Sedang Berbuai Dekat Pokok Ara Sambil Menyanyi” – Ajai Dedah Inspirasi Di Sebalik Lagu Pulangkan

Izwan Isa
02/06/2024
11:55 MYT
Komposer, penulis lirik dan penyanyi Ajai mendedahkan inspirasi sebenar di sebalik lagu ciptaannya, Pulangkan.
Menurut Ajai, lagu yang dicipta untuk filem Pontianak Harum Sundal Malam itu merupakan pertembungan antara elemen sedih dan juga seram.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Lagu Pulangkan ‘Berhantu’ Sampai Masuk Dalam Mimpi, Ajai Dedah Tok Ram Pun Pernah Alami Kejadian ‘Pelik’!

“Ketika itu, Datuk Paduka Suhaimi Baba datang kepada saya. Dia kata, dia mahu tugaskan saya supaya mencipta lagu supaya audiens kasihankan pontianak.

Pontianak

“Waktu itu saya agak kaget sebab orang akan lari bila nampak pontianak, bukannya kasihan,” katanya kepada Gempak.
Ajai berkata demikian ketika mengulas mengenai satu hantaran viral di platform X yang mendakwa pernah mengalami kejadian seram selepas mendengar lagu Pulangkan bersama rakan sebiliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Dengar Lagu Pulangkan, Individu Dedah Rakan Sebilik Mimpi Dirinya Muncul Dengan Wajah Seperti Terbakar, Pakai Baju Orang Lama

Anggota kumpulan Exists itu menjelaskan, dia akhirnya berjaya mencipta lagu nyanyian Misha Omar itu menerusi rakamana-rakaman filem yang diberikan sebagai rujukan, selain imaginasinya tentang pontianak.

Pokok

“Menerusi potongan-potongan visual Pontianak Harum Sundal Malam yang telah mereka rakam, saya dapat melodi itu. Saya bayangkan pontianak sedang berbuai dekat pokok ara sambil menyanyikan melodi lagu Pulangkan.
“Sebab itu, kalau pendengar amati, lagu ini sifatnya berbuai-buai dan mendayu-dayu. Agak mencabar untuk hasilkan, namun, ia memberi impak yang sangat besar,” katanya lagi.
Ditanya mengenai persiapan konsert Byajai & Mega Friends, Ajai berkata, dia menantikan hari bersejarah itu dengan rasa teruja.

ARTIKEL BERKAITAN: "Luar Biasa Ni" - Ah Sudah, Netizen Seriau Mata Datin Shahida 'Berdarah' Dah Macam Pontianak?

“Sudah pasti lagu-lagu yang bakal dipersembahkan kelak bakal diberi nafas baharu dan susunan muzik baharu.
“Lagu Pulangkan tiada dalam setlist, sebab jika saya menyanyi solo, siapa pula ingin menyanyi bahagian penyanyi lelaki?
“Tidak mengapa, jika ada rezeki, mungkin kita akan jemput Misha Omar dan menyanyikan lagu ini untuk peminat,” tutup Ajai.
Dibawakan oleh Menara Network Sdn Bhd, tiket konsert Byajai & Mega Friends boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Hiburan

Bakat Nyanyian Fazura Boleh Diasah, Ajai Cadang Cari Komposer Yang Tepat - "Dia Perlu Cari Bunyi Sesuai Supaya Tidak Mencederakan..."

gempak
10/11/2024
05:55 MYT
Komposer dan penyanyi Ajai menyatakan Fazura memerlukan seorang komposer yang baik untuk mencungkil bakat nyanyiannya.
Hiburan

“Nyanyiannya Boleh Diperbaiki" - Ajai Beri Nasihat, Fazura Perlu Hadir Ke Kelas Untuk 'Upgrade' Vokal

gempak
09/11/2024
07:25 MYT
​Penyanyi dan komposer, Ajai berpendapat nyanyian pelakon, Nur Fazura masih boleh diperbaiki.
Hiburan

Ajai Dedah Exists Tak Pernah Bermasam Muka Sesama Sendiri - “Dah Puas Gaduh Dulu, Tiada Rasa Kebencian…”

gempak
07/11/2024
09:50 MYT
Penyanyi dan komposer, Ajai menyifatkan sifat kejujuran adalah kunci bagi sebuah kumpulan muzik untuk kekal bertahan dalam industri.
Hiburan

Misha Omar Nafi Artis Wanita Ditangkap Bersama Pil Kuda - “Jangan Risau Okay”

gempak
02/11/2024
08:28 MYT
Dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan laporan seorang penyanyi wanita kelahiran Kelantan ditangkap kerana memiliki pil kuda.
Unitar