Hiburan

"Saya Belum Pernah Berpurdah, Melainkan Untuk Privasi" - Tasha Manshahar

gempak
Amri Hassan
07/09/2020
06:10 MYT
Sponsor Banner
"Saya Belum Pernah Berpurdah, Melainkan Untuk Privasi" - Tasha Manshahar
Penyanyi yang kini bertugas sebagai guru sepenuh masa, Tasha Manshahar menjelaskan situasi sebenar berhubung tindakannya memakai purdah sebelum ini.
Kata Tasha, dia memilih untuk berpurdah ketika mula-mula mengajar di Melaka bagi mencari ruang privasi untuk diri dan keluarga ketika itu.
"Saya tak pernah pakai purdah, belum pernah membawa imej sebagai wanita yang berpurdah.
"Cuma ada masa saya baru mengajar di Melaka, saya masih dikenali ketika itu. Jadi, berpurdah menjadi pilihan untuk saya dapatkan privasi ketika nak ke mana-mana.
"Sekarang semuanya sudah okey dan saya pun sudah memilih siapa yang saya nak bergaul dan buat perkara wajib untuk rasa selamat," katanya kepada Gempak.
Sebelum ini Tasha memaklumkan dia mula memakai purdah selepas berkenalan dengan suaminya, Raqib Majid sekitar tiga tahun lalu.
Jelas Tasha dia hanya akan berpurdah ketika berjalan seorang diri di tempat awam.
Pasangan itu telah berkahwin pada 8 September 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muammar Rafiqi, 1 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live