Viral
Christy Ng Buat Surau Di Pejabat, Mahu Beri Keselesaan & Kesenangan Untuk Staf Beragama Islam - “Barulah Solat Lebih Kusyuk”
Pengasas jenama fesyen terkenal, Christy Ng mengambil inisiatif memudahkan pekerjanya yang beragama Islam untuk menunaikan solat dengan menyiapkan surau di tempat kerja.
Mahu pekerja solat dengan selesa
Menerusi perkongsian di TikTok, Christy memaklumkan dia mula terfikir untuk membuat surau di pejabatnya selepas mengalami pertambahan pekerja yang beragam Islam.Tambah Christy lagi, dia juga tidak sampai hati melihat pekerjanya terpaksa berhimpit ketika melakukan solat di sebuah bilik kecil yang terletak di pejabatnya.
“Sebelum ini semua staf beragama Islam mereka solat di dalam sebuah bilik kosong ini tetapi bilik ini menjadi lebih sempit apabila saya semakin bertambah. “Sampaikan ada yang menunggu giliran untuk solat. Saya tak sampai hati tengok mereka berhimpit. Rapatkan saf tu perlu tapi bukannya berhimpit kan,” ujarnya.
Gembira surau dah siap
Dalam pada itu, Christy memaklumkan dia terpaksa mengambil sedikit masa untuk menyiapkan surau tersebut kerana mahu memberikan yang terbaik buat pekerjanya.“Tengoklah bilik ini, agak teruk juga keadaan dia. Jadi, saya fikir nak buat bilik ini sebagai surau untuk bagi keselesaan dan ketenangan buat staf. Baru lah solat jadi lebih khusyuk kan?” katanya.“Hari yang sangat bermakna untuk semua staf saya yang beragama Islam. Surau yang kita nanti-nantikan sudah pun siap. “Saya mengambil masa yang sedikit lama untuk siapkan surau ini sebab nak berikan yang terbaik.Ruang ini dulu adalah bilik kosong yang terbiar.
ARTIKEL BERKAITAN:Duduk Depan Surau, Netizen Simpati Lihat Wajah Fattah Amin Sugul - “Sedihnya Tengok Dia…”
ARTIKEL BERKAITAN:Individu Ini Jual Koleksi Hotwheels Kesayangan Untuk Beli Kit Solat Bagi Kegunaan Surau, Masjid
ARTIKEL BERKAITAN:Budaya Cop Saf Solat, PU Amin; "Masjid Ni Rumah Allah, Bukan Hak Kita"
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Dakwa Saiz Surau Di TRX Mall Kecil, Tidak Muslim Friendly
ARTIKEL BERKAITAN:"Ada Surau, 9 Bilik, Swimming Pool, Anak-Anak”- Kak KM Ada Sebab Beli Banglo Harga Lebih 5 Juta
Berikut merupakan perkongsian penuh Christy:
@christyemilylove Solat jangan tak solat♬ original sound - Christy Ng 💛
Must-Watch Video