Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Saya Berhasrat Untuk..." - Anzalna Nasir Nak Tolong Pasangan Susah Ada Bayi

Kamaruddin Razal 05/11/2019 | 01:53 MYT
Pelakon Anzalna Nasir menyuarakan hasratnya untuk membantu mana-mana pasangan yang memerlukan bantuan khususnya bagi mereka yang baru sahaja mempunyai bayi.
Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md. Nasir, 31, berkongsi berita tersebut menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram beberapa hari lalu.
"Sekarang ini, kebanyakan wang dibelanjakan buat bayi saya. Bagaimanapun, saya juga berhasrat untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
"Terutamanya mereka yang mempunyai bayi yang baru lahir. Sekiranya kalian mengenali sesiapa yang memerlukan, sila tag mereka di ruangan komen di bawah.
"Saya berbesar hati untuk membantu mereka," tulisnya di ruangan kapsyen.
Hal itu kemudian mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan netizen.
Ada yang menyarankan Anzalna untuk merujuk terus kepada pihak hospital bagi mengenal pasti individu yang memerlukan bantuan.
"Anzalna boleh pergi tengok kat hospital kerajaan. Sebenarnya banyak bayi yang orang tak nak. Ada juga baby yang dilahirkan tanpa ayah. Kesian sangat.
"Boleh terus ke Institut Jantung Negara untuk bantu melalui tabung yayasan yang kebanyakannya diberi bantuan kepada yang betul-betul memerlukan bantuan puan," saran sebahagian netizen.
Dalam pada itu, Anzalna turut berkongsi gambar terkini dirinya bersama buah hati sulungnya, Mohamad Eidrees Hanif yang kini sudah genap berusia lima bulan.
"Saya berjanji untuk memberikan kamu kebahagiaan dan selalu manjakan kamu," tulisnya.

Pandai Eidrees kira! Yes, just the 3 of us. ? Happy 5 months old son @mohamadeidrees I cherish the bonding time we get together. I promise to give you happiness and spoil you always. Nowadays most of my money is spent on my baby however, I am also keen in lending a hand to those in need. Especially those with a newborn baby. If you guys know any, please tag them in the comment below. Would love to help them out. ❤ Swipe left. ? @sweet.escape

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Hanif Zaki, 31, pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Mei lalu.
#pelakon #Pelakon #Anzalna
;