Berita
"Saya Bersuara Kerana Benda Ini Dah Melampau" - Shima Anuar
Pelakon Shima Anuar mengakui mengambil keputusan untuk bersuara mengenai pertikaian netizen terhadap usia suaminya, Mohd Solih Toha kerana menganggap perkara itu sudah melampau.
Menurut Shima, dia berharap agar dengan penjelasan yang diberikan di Instagram tempoh hari akan membuatkan netizen tidak lagi mempertikaikan suaminya selepas ini.
"Bagi saya isu ini sudah lama, malah ada juga orang yang tetap menanyakan mengenai suami saya.
"Daripada dulu saya cuma mendiamkan diri sahaja namun orang tetap bercakap.
"Saya bersuara kerana benda ini dah melampau dan sebab itu saya muat naik di instagam segalanya.
"Saya harap selepas ini tiada orang yang sibuk nak mempertikaikan lagi
pasal rumah tangga kerana apa yang penting saya bahagia dengan suami dan itu sudah mencukupi," katanya kepada HLive.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video