“Saya Bertindak Sebab…”- Video Bergaduh Dengan Bekas Suami Tersebar, Balkisyh Beri Penjelasan

Syafiqah Jalal
Julai 18, 2018 04:48 MYT
Pelakon Balkisyh Semundur Khan meluahkan rasa kesal apabila video pertelingkahannya bersama bekas suami tersebar dan tular di media sosial.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Balkisyh memberitahu video itu sengaja disebarkan dengan bertujuan untuk mengaibkannya.
Dalam video terbabit menunjukkan pergaduhan antara mereka dan Balkisyh dilihat menendang bekas suaminya, seolah-olah seperti menghalang lelaki itu daripada berjumpa anaknya.
Rata-rata netizen yang menyaksikan video itu menyifatkan ia tidak patut berlaku apatah lagi apabila ia disaksikan oleh anak-anak mereka.
Ibu dua cahaya mata itu bagaimanapun berkata tindakannya itu demi melindungi dan menjaga keselamatan anak-anak yang berada bersamanya ketika itu.
Sementara itu, Balkisyh menegaskan dirinya bukanlah seorang yang suka bercerita tentang kehidupannya, apatah lagi kisah rumah tangganya.
Malah katanya dia tidak pernah cuba memburukkan lelaki tersebut walaupun boleh bertindak sedemikian kerana mempunyai pelbagai bukti.
Balkisyh mendirikan rumah tangga dengan bekas suami pada tahun 2006 dan bercerai baru-baru ini.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.
Foto: IG @balkisyhsemundurkhan
#pelakon #Viral #Pelakon #Viral #Balkisyh Semundur #Video