Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Saya Bertuah Kerana Masih Ada Kawan-Kawan Yang Setia..." - Liyana Jasmay Tak Mahu Persahabatan 'Palsu'!

Asraf Aided 12/06/2020 | 12:57 MYT

Pelakon Liyana Jasmay gembira kerana masih dikelilingi beberapa rakan rapat yang ikhlas berkawan dengannya.

Menurut Liyana, dia akui kelompok rakan-rakannya tidak ramai, namun persahabatan yang terjalin membuatkan mereka rapat antara satu sama lain.

Perkara itu dikongsi Liyana menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Di entri yang sama, Liyana turut berkongsi foto yang memaparkan kata-kata mengenai persahabatan ikhlas.

"Sangat betul, saya bertuah kerana memiliki beberapa kawan yang mempunyai kualiti, mereka juga setia dan ikhlas berkawan dengan saya bertahun-tahun lamanya.

"Mereka tahu siapa diri mereka, kelompok yang kecil tetapi kami memang rapat," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, beberapa pengikut dan rakan industri turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan Liyana itu.

"Saya sangat bersetuju," tulis Scha Alyahya.

"Betul, itulah yang sebenarnya," tulis Lisa Surihani.

"Betul sepenuhnya," tulis seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Liyana mula menjejak kaki di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2007.

Sejak kebelakangan ini, Liyana sudah berjinak dalam kerja belakang tabir sebagai penulis skrip dan penerbit filem.

#pelakon #Liyana Jasmay #Pelakon
;