Teka-teki mengenai identiti kekasih kepada pelakon Alif Muhaimin akhirnya terjawab selepas bekas juara Hero Remaja itu mendedahkan gerangan individu tersebut.

Dalam satu hantaran di Instagram, Alif memaklumkan dirinya kini menjalin hubungan cinta dengan wanita bernama Nur Sara Jasmin.

Perkara itu dikongsikannya bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Nur Sara yang ke-25.

"Tolong follow teman wanita saya. #mygirlfriendisverybeautiful #tomanymoreyearstogether #angau," tulisnya.

Dalam entri tersebut, Alif memuat naik satu video yang memaparkan momen-momen indah mereka bersama.

A post shared by ALIF MUHAIMIN ?? (@alipblastoff)


Pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu turut menzahirkan rasa bertuah menerima kehadiran Nur Sara dalam hidupnya.

"Saya bertuah memiliki awak", kata Alif menerusi ruangan komen posting tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar hubungan mereka berkekalan.

"Pasangan comel! Semoga berkekalan hingga ke pelamin, Insya-Allah.

"Aku approve ini cinta mas!," komen sebahagian pengikutnya.