Semalam kecoh sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang berhibur dipercayai di sebuah pusat hiburan menjadi viral di Twitter.

Video tersebut kemudian mengundang pelbagai spekulasi netizen sehingga terdapat seorang pengguna mendakwa melihat kelibat pelakon Syafie Naswip dalam entri berkenaan.

Bagaimanapun, komen yang dilontarkan pemilik akaun @AsyAhmd tersebut kemudian mendapat respons daripada aktor filem Mukhsin itu.

"Yang mana yang macam saya tu? Awak pernah rasa nak disaman atau dimalukan satu Malaysia tak?

"Kalau nak saya boleh bawak komen awak ni kerana memfitnah saya di media sosial," tulis Syafie di Twitter.

. Orang macam ini rasanya kena bagi pengajaran supaya dia ingat langit dan bumi la gamaknya.. biar mak ayah depa ni tahu apa anak2 depa buat dengan media sosial. Menulis biar ada kognitif yang bagus adik. Jangan jadi bodoh di media sosial!

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on



Syafie kemudian dikatakan berang sebelum bertindak mendedahkan identiti individu berkenaan yang didakwa cuba memfitnah dirinya di Instagram.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, individu berkenaan mengemukakan permohonan maaf menerusi satu rakaman video.

"Saya Aishah Safura, umur saya 21 tahun, saya buat video ini untuk meminta maaf kepada abang Syafie Naswip sebab saya dah tulis sesuatu buat abang Syafie terasa di laman sosial Twitter.

"Saya betul-betul minta maaf, saya tak fikir apa yang saya tulis. Apa yang saya tulis itu sama sekali tak betul, dalam video itu tak ada langsung wajah abang Syafie, saya betul-betul minta maaf, saya janji tak buat lagi," kata Aishah menerusi video yang dimuat naik sendiri oleh Syafie.

. Maafmu diterima dik. Cuma jangan buat lagi. Jadikan pengajaran bukan untuk adik seorang tetapi utk semua agar berhati2 ketika menulis di media sosial.

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on




Dalam pada itu, Syafie turut mengingatkan agar orang ramai mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.

"Maafmu diterima dik. Cuma jangan buat lagi. Jadikan pengajaran bukan untuk adik seorang tetapi untuk semua agar berhati-hati ketika menulis di media sosial," pesan pelakon filem Polis EVO 2 itu.

Tindakan Syafie itu kemudian turut menerima pujian daripada pengikutnya yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pemaaf yang patut dijadikan contoh.

"Alhamdullilah besar pahala kamu Ayie. Syukur kerana punyai hati yang sejuk dan terima kekurangan orang," komen pengarah Eyra Rahman.