Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Buat Banyak Kesilapan, Dia Juga Sama” - Aliff Aziz Mahu Pertahankan Perkahwinan Dengan Bella Astillah

Asyikin Mayudin
04/04/2024 05:54 MYT
Masih sayang dan mahu pertahankan rumah tangga demi anak-anak merupakan alasan utama penyanyi Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Aliff berkata dia mahu mengambil setiap peluang dan ruang untuk memperbaiki apa yang berlaku dalam perkahwinannya dengan Bella memandangkan masing-masing pernah membuat kesilapan.

“Untuk beberapa minggu ini, saya rasa overwelming untuk saya dan semua yang terlibat.
Saya ambil peluang ini untuk selamatkan rumah tangga, demi anak-anak… saya rindu anak-anak.

“Saya ambil langkah untuk gunakan setiap ruang dan peluang untuk saya cuba selamatkan rumah tangga kami.

“Saya ada banyak buat kesilapan, Bella pun ada buat silap. At the end of the day, ini bukan satu keputusan yang kita boleh buat secara terburu-buru tanpa memikirkan dalam segala hal.

“Saya juga berharap sangat, hal rumah tangga tak sepatutnya ada pengaruh dari luar,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Singapura ini memohon semua pihak memberi ruang agar segala prosiding yang akan dijalankan selepas ini berjalan seperti ditetapkan mahkamah.

“Saya minta jasa semua orang untuk beri ruang supaya prosedur ini berjalan seperti yang dirancang. Saya berterima kasih kepada pihak mahkamah kerana memberikan peluang untuk saya prosiding ini diteruskan.

“Saya mohon doa daripada semua untuk kami,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Bella Astillah, Aliff Aziz Bakal Bercerai Hari Ini?

BERITA TRENDING: ​Aliff Aziz Membisu, Keluarga Teman Datang Mahkamah!


Pada Khamis, Aliff enggan menceraikan isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Ketika Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat bertanyakan kepada Aliff, penyanyi itu menyatakan dia tidak bersetuju kerana memerlukan masa untuk membuat keputusan selain masih sayangkan Bella.
#pelakon #Kontroversi #cerai #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Mahkamah #Khalwat #Curang #Muaz Zabir
;