Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Saya Buat Filem Ini Untuk Dia…”- Esma Daniel Mahu Realisasikan Idea Mangsa Nahas Helikopter, Mohd Irfan

Syafiqah Jalal
09/11/2020 09:36 MYT
Pelakon Esma Daniel mendedahkan niat asal mahu menjayakan sebuah filem berkaitan penerbangan adalah kerana Mohd Irfan Mohamed Rawi iaitu mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang, semalam.

Namun, Esma atau nama sebenarnya Esma Daniel Md Isa, 51, terkilan kerana filem itu belum sempat direalisasikan sebelum pemergiannya.

“Sebenarnya saya mengenali dia dalam satu acara menerbangkan dron pada 6 tahun lalu.

“Dari situ saya tertarik dengan keparannya dalam bidang penerbangan dan kami mula berkawan.

“Tidak lama selepas itu, terbitnya idea saya untuk membikin sebuah filem mengenai penerbangan lebih-lebih lagi ketika itu tragedi nahas kapal terbang MH17.

“Kami kemudian berbincang mengenai idea itu dan ternyata Irfan teruja. Sebenarnya saya buat untuk dia kerana arwah sendiri berminat untuk terbitkan filem ini sendiri.

“Terkilan juga bila hajatnya tak sempat direalisasikan sebelum dia pergi,” katanya.

Esma dihubungi Gempak menerusi aplikasi WhattsApp selepas meluahkan rasa terkejut dengan pemergian Irfan di laman sosial Facebook semalam.

BACA: Sharifah Shahirah Cerita Detik Helikopter Jatuh 1 Kilometer Dari Rumah: "Bunyi Macam Bom Ingatkan Tanah Runtuh ..."

Selain filem, Esma yang kini Eksekutif Produser di Horizon Film Entertainment turut mempunyai idea dan perancangan bersama arwah untuk menjayakan sebuah program travelog.

Esma berkata dia masih terkejut dengan apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama berniat mahu merealisasikan idea arwah.

“Sebenarnya perbincangan kami baru dalam peringkat idea dan konsep. Buat masa sekarang saya cuba siapkan proposal dan akan ‘pitching’ idea ni kepada penaja yang berminat,” katanya lagi.

Irfan antara mangsa nahas yang terbabit dalam kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas semalam.
#pelakon #Filem #Pelakon #Filem #Penerbangan #Arwah #Esma Daniel