BERITA
"Saya Bukan Imam Muda & Ustaz, Tapi Cuma Bekas Penari" - Adam Corrie
Pelakon Adam Corrie mengakui masih ada ramai pihak yang keliru dengan status kerjayanya dalam industri hiburan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Adam menjelaskan bahawa dia merupakan bekas penari dan bukannya seorang peserta daripada program realiti.
"Ramai rupanya yang keliru dengan kerjaya saya ye. Saya bukan bekas peserta Imam Muda, Pencetus Ummah dan juga ustaz.
"Saya bekas penari, choreographer tarian dan aksi lasak serta seorang pelakon. Sudah berkecimpung dalam bidang seni sejak tahun 1980-an lagi.
"Saya juga seorang penulis kolum Hidayah sejak tahun 2016. Dari tahun 1980 lagi? Jadi umur saya berapa? Saya tahun ni berusia 50 tahun. Kalau tahun hijrah dah 51 tahun," tulisnya.
Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Teluk Wanjah, Kedah, Fazima Fuad pada 21 November 2008.
Must-Watch Video