UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

"Saya Bukan Pilihan Kedua, Abang Kahwin Baru Cari Saya" - Adik Syafiq Kyle Terkejut Pengikut IG Bertambah

Ainun 19/02/2025 | 08:25 MYT
Adik kepada Syafiq Kyle, Syazwan Razak, mengakui menerima banyak mesej selepas tular siaran langsung kakak iparnya, Mimi Lana, yang mengajak peminat mendekatinya.

Menurut Syazwan, dia menerima komen yang diberikan dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai gurauan semata-mata.

“Saya bukan pilihan orang ramai, kan? Bila abang saya dah kahwin, barulah orang cari saya.

“Saya okay sahaja dengan komen-komen sebegitu, sebab bagi saya itu hanya gurauan. Saya tidak ambil komen itu secara serius sebenarnya,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, selepas Mimi Lana berkata demikian, jumlah pengikutnya di TikTok dan Instagram meningkat secara mendadak.

“Selepas Mimi Lana cakap macam tu, notifikasi saya berbunyi tanpa henti di TikTok dan Instagram.

“Followers saya pun naik secara mendadak, membuatkan saya berasa sedikit nervous,” jelasnya.

Bagaimanapun, Syazwan turut berkongsi setakat ini, dia tidak menerima mesej yang terlalu melampau.

“Setakat ini, DM yang saya dapat tidaklah terlalu melampau sangat. Semuanya biasa-biasa sahaja,” kongsinya.

Terdahulu, tular di media sosial dimana Mimi Lana memberitahu kepada peminat Syazwan iras seperti Syafiq Kyle dan peminat boleh cuba nasib bersama Syazwan Razak.

BERITA BERKAITAN: Dah Dapat Syafiq Kyle, Mimi Lana Minta Netizen Kenal Dengan Adiknya “Ada Seorang Lagi Yang Macam…”

BERITA BERKAITAN: Netizen Tersentuh Hati Lihat Perkahwinan Syafiq Kyle & Mimi Lana - “Alhamdulillah Rahsia Tuhan Akhirnya Terjawab”

BERITA BERKAITAN: Ibu Titip Doa Buat Syafiq Kyle & Mimi Lana – “Semoga Bahagia Hingga Ke Jannah”

BERITA BERKAITAN: Syafiq Kyle, Mimi Lana Kini Sah Bergelar Suami Isteri

#Syafiq Kyle #Mimi Lana #Pilihan #Syazwan Razak #Bukan